SERIAN: Hasrat seorang lelaki warganegara Indonesia untuk bekerja di negeri ini tidak kesampaian apabila dia ditangkap kerana memasuki negara ini melalui βjalan tikusβ berdekatan Tebedu, disini sekitar jamΒ 3.15 petang semalam.
Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata pemeriksaan lanjut yang dijalankan turut mendapatinya tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.
βPendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terbabit ditahan oleh anggota kita yang sedang menjalankan rondaan berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Tebedu.βHasil soal siasat mendapati PATI tersebut memasuki negara ini untuk bekerja di sebuah ladang berhampiran dengan bayaran upah RM50 sehari,β katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
PATI terbabit yang berusia sekitar 20an kemudian dibawa ke Balai PolisΒ TebeduΒ – Utusan Borneo Online