PBB: Azmin sombong, merendahkan orang lain 0 5675

PETALING JAYA: Naib Presiden PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mendakwa Menteri Hal-ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menunjukkan sikap sombong dan merendah-rendahkan negeri Malaysia Timur menerusi kenyataan beliau mengenai makna perkataan “royalti minyak”.

Karim memberitahu FMT, Azmin menakrifkan semula hak dan royalti apabila beliau memberitahu Dewan Rakyat Isnin lepas bahawa manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH) menggunakan istilah “royalti” di luar konteks maknanya dalam kamus dan ia sebenarnya merujuk kepada “bayaran tunai”.

Beliau berkata, kenyataan menteri itu tidak ubah seperti mentaliti “sombong dan kolonial”.

Katanya, sejak awal lagi Sabah dan Sarawak sepatutnya dilayani sebagai “rakan kongsi tulen” dalam usaha sama perniagaan dengan Petronas dan Putrajaya.

“Kami patut mempunyai wakil dalam lembaga pengarah Petronas sejak mula lagi. Kami sepatutnya berhak melihat akaun, dan terlibat dalam keputusan dan pengurusan Petronas.

“Sebagai rakan kongsi, kami tentu mahu tahu berapa banyak gaji eksekutif, kos pengeluaran dan sebagainya kerana ia mempunyai kesan ke atas keuntungan akhir yang kami terima.”

Sebaliknya kata beliau, Putrajaya melayani 2 negeri itu sebagai “angsa emasnya”.

Parti pembangkang dan wakil rakyat mereka sejak beberapa minggu lepas mengkritik kerajaan berhubung kenyataanya yang menyebut bahawa janji manifesto pilihan raya PH berkenaan royalti minyak 20% merujuk kepada peratus keuntungan bersih, bukannya pendapatan kasar.

Dalam kenyataannya Isnin lepas, Azmin berkata, Akta Pembangunan Petroleum (PDA) merujuk kepada “bayaran tunai” sebanyak 5% daripada keuntungan kasar bagi setiap tong minyak.

Ahli Parlimen Keningau, Datuk Jeffrey Kitingan, yang bercakap kepada FMT semalam berkata, Azmin dan PH ternyata “tertangkap” tidak bercakap benar.
Katanya, mereka amat mengetahui bahawa royalti biasanya didasarkan kepada keluaran kasar.

“Mereka tahu istilah “bayaran tunai” di bawah Seksyen 4 PDA biasanya merujuk kepada bayaran royalti, yang didasarkan kepada keluaran kasar.
“Tetapi sekarang PH mahu mengelak daripada membayar dan merekayasa alasan atau membuat tafsiran berlainan.”

Datuk Johan Ariffin, anggota kumpulan G25 yang terdiri daripada pesara kanan kerajaan dan bekas timbalan pengarah Yayasan Sabah berkata, Azmin perlu berhenti membuat kenyataan berhubung perkara itu sehingga beliau mengkajinya dengan teliti dan perundingan dengan pihak berkepentingan dimuktamadkan.

Kata beliau, membuat kenyataan “separuh masak” hanya akan menimbulkan kemarahan negeri Malaysia Timur kerana mereka akan mengesyakki ia adalah percubaab untuk mewajarkan pelanggaran janji yang dibuat.

“Paling penting ialah memulakan langkah ke arah perundingan untuk memberikan negeri pengeluar minyak hak sah mereka,” tambah beliau–FMT

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13398

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8128

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news