PBB Sarawak profesional, tolak dakwaan berlakunya rundingan — Karim 0 5645

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersati (PBB) Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah sebentar tadi menolak dakwaan berlakunya rundingan di antara pemimpin PBB dan Tun Mahathir Mohamad untuk membolehkan parti itu menyertai gabungan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, PBB sebagai tulang belakang Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak terdesak untuk berbuat demikian.

Menurutnya, tidak ada alasan untuk PBB dan BN Sarawak berbuat demikian, sedangkan ketika ini ia memegang mandat Kerajaan Negeri.

“Di Sarawak, PH adalah pembangkang dan di sana, kita adalah pembangkang.

“Ini adalah perkara biasa dalam tuntutan demokrasi dan kita perlu mematuhinya.

“Akan wujud beberapa tingkat kerjasama selepas ini biarpun kita ditadbir dua kerajaan yang berbeza.

“Perlu profesional dalam menghadapi situasi seperti ini,” katanya.

Tegasnya, yang paling penting, semua pihak tidak lupa akan tanggungjawab kepada rakyat.

Abdul Karim berkata, PBB dan BN Sarawak menghormati hak demokrasi terutama di Semenanjung Malaysia yang berkeinginan kuat untuk mengubah kerajaan.

“Dalam sistem demokrasi berparlimen, ia merupakan perkara biasa untuk melihat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dipegang oleh pihak yang berbeza.

“Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), beberapa negeri seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dipimpin oleh parti politik yang berbeza daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau menegaskan, BN Sarawak tidak akan merosakkan ‘keterujaan kemenangan parti PH’ dan berharap pemimpin mereka di peringkat negeri akan memainkan peranan mereka demi Sarawak dan rakyatnya.

Tambahnya, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian perlu sedar bahawa perjuangan mereka adalah untuk masa depan negeri dan negara, bukan bersifat peribadi. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15427

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news