PBB Sarawak tiada pilihan kecuali keluar BN – Jeneri Amir 0 5531

Spekulasi PBB keluar BN sudah mula bertiup kencang selepas BN kalah dalam PRU14 pada 9 Mei lalu, bagaimanapun ia kembali timbul menjelang mesyuarat BN Sarawak pada 12 Jun nanti. – Foto Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak mempunyai pilihan selain keluar daripada Barisan Nasional (BN) demi memastikan kelangsungannya dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijangka diadakan pada 2021.

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Madya Dr Jeniri Amir bagaimanapun berkata, keputusan berkenaan harus dibuat secara bersama dengan parti komponen pemerintah Sarawak lain bagi menunjukkan isyarat bahawa keputusan ini dibuat demi rakyat Sarawak.

“Pilihan terbaik (bagi PBB) ialah untuk keluar BN sebab parti itu (BN) cukup toksik dan jenamanya mempunyai persepsi negatif.

“Bagaimanapun PBB dan rakan-rakan komponen parti pemerintah Sarawak bukan sahaja harus keluar BN tetapi mengadakan pertukaran menyeluruh dari segi dasar dan pendekatan agar rakyat tidak menganggap keputusan ini hanya pendekatan ‘menukar kulit’,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau juga menjangka PBB akan membentuk satu entiti baharu bersama parti komponen lain yang mesra dengan Kerajaan Persekutuan, pada masa sama, bertindak sebagai pembangkang yang efektif di Parlimen.

Spekulasi PBB keluar BN sudah mula bertiup kencang selepas BN gagal mengekalkan kedudukan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Namun, ia kembali timbul menjelang mesyuarat BN Sarawak pada 12 Jun depan.

BN berjaya memperoleh 19 daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak.  Daripada jumlah itu, PBB memperoleh 13 kerusi. - Astro Awani

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13015

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8072

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news