Penyamun hanya dapat RM16 ringgit hasil samun di Batu Niah 0 5681

Miri: DUA suspek pecah rumah hanya memperoleh RM16 dari bilik sewa yang diceroboh mereka sebelum ditahan penghuni bilik sewa berkenaan di Batu Niah, Miri, Isnin lalu.

Suspek lelaki dan wanita masing-masing berusia lingkungan 30-an ditahan penghuni bilik iaitu lelaki berusia 52 tahun sebelum suspek diserahkan kepada polis.

Menurut sumber, sebelum kejadian, penghuni bilik berkenaan sedang minum bersama rakan di kedai kopi berhampiran bilik sewanya itu.

Katanya, penghuni terbabit kemudiannya melihat kedua-dua suspek masuk ke dalam kawasan bangunan yang juga lokasi bilik sewanya

“Penghuni terbabit curiga lalu membuat pemeriksaan di bilik sewanya bersama rakannya, sebelum mendapati kedua-dua suspek menceroboh bilik sewa berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, semua barangan di biliknya dalam keadaan berselerak manakala duit simpanannya berjumlah RM16 juga lesap.

“Kedua-dua suspek cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan, bagaimanapun, kedua-dua suspek berjaya ditahan orang awam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan–Harian Metro

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13451

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8141

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news