Pecah amanah: Bekas juruwang bank dipenjara tujuh tahun, 24 sebatan 0 5790

BINTULU: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman tujuh tahun penjara dan 24 kali sebatan dengan hukuman berjalan serentak ke atas bekas kerani sebuah bank hari ini atas kesalahan pecah amanah jenayah yang dilakukan di antara Julai 2012 sehingga April 2014.

Hakim Mahkamah Sesyen Maris Agan menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Safizul Norudin,30, dengan 72 pertuduhan dibawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak melebihi 14 tahun dan sebatan dan juga boleh dikenakan denda.

Tertuduh mengaku bersalah atas semua 72 pertuduhan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaaan dan tertuduh dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara dan satu sebatan bagi setiap tiga pertuduhan dengan jumlah hukuman adalah 168 tahun penjara dan 24 kali sebatan.

Bagaimanapun, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman tujuh tahun penjara dan 24 kali sebatan sahaja kerana hukuman berjalan serentak.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nor Sollihin Salleh. Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, tertuduh melakukan pecah amanah jenayah semasa bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di Bintulu.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, tertuduh mengeluarkan wang pelaburan dari Akaun Simpanan Tetap berjumlah RM193,854.67 iaitu dari 72 transaksi antara bulan Julai 2012 sehingga Mac 2014.

“Siasatan mendapati wang tersebut dikeluarkan untuk kegunaan peribadi tertuduh,” katanya. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8423

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news