Mat Sabu dihalang masuk ke Sarawak hari ini 0 5544

KUCHING: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dihalang memasuki Sarawak hari ini.

Setiausaha Politik beliau, Mohd Azhar Mat Dali berkata Mat Sabu ditahan 9.30 pagi tadi setiba di Lapangan Terbang Kuching menghadiri mesyuarat parti dan ditahan ‎ketika melalui pemeriksaan imigresen.

Sebelum ini, pada 22 Mac 2016 Mohamad pernah ditahan memasuki negeri ini pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, meskipun beliau berjaya menginjak kaki menghadrii satu program di Bintulu minggu lepas.

Mat Sabu kini dalam proses untuk dihantar pulang ke Semenanjung dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 1.30 petang ini.

Sarawak dan Sabah mempunyai autonomi imigresen yang dapat menghalang individu warga luar memasuki kedua-dua negeri.

Pada PRN Sarawak 2016, selain Mohamad Sabu, beberapa ahli politik DAP tidak dibenarkan memasuki Sarawak antaranya Anthony Loke, Teresa Kok, Tony Pua dan Teo Nie Ching.

Manakala, dari PKR Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, Shamsul Iskandar, Zuraida Kamaruddin dan Sim Sze Tsin turut dihalang memasuki Sarawak. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13437

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news