Pemancing terserempak aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan Baronia Miri 0 5710

MIRI: Sekumpulan pemancing tempatan yang memancing di perairan Baronia, dekat sini, terserempak dengan beberapa bot nelayan yang sedang melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram menggunakan pukat tunda ganding sekitar jam 11 pagi, semalam.

Salah seorang pemancing yang hanya mahu dikenali sebagai Thien memberitahu, beliau berjaya mendapatkan gambar-gambar kapal nelayan tersebut lalu memuatnaiknya di laman sosial.

“Kami berjaya mengesan sebanyak tujuh buah bot nelayan di sekitar kawasan Baronia ini dan saya bernasib baik kerana membawa bersama kamera yang bagus untuk menangkap gambar berkenaan dari jauh,” kata Thien ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurut Thien, beliau bersama sekumpulan 12 orang pemancing telah menyewa sebuah bot besar untuk melakukan aktiviti memancing laut dalam pada Khamis lalu (24 Mei) dan datang ke kawasan perairan Baronia semalam, bagi meneruskan aktiviti memancing mereka, apabila ternampak sekumpulan bot nelayan melakukan aktiviti menggunakan pukat tunda ganding yang diharamkan di negara ini.

Bagaimanapun katanya, tidak dapat dipastikan sama ada bot nelayan tersebut milik tempatan atau nelayan asing.

Thien menjelaskan walaupun mengambil gambar menggunakan kamera yang memiliki zum dekat, namun imej kapal berkenaan masih kelihatan sangat jauh dengan anak-anak kapalnya sibuk menangkap ikan secara haram tanpa menyedari kehadiran mereka.

Beliau mendakwa ternampak tujuh buah bot nelayan pukat tunda yang terbabit selama beberapa jam kemudian dan berkata, lokasi berkenaan amat sesuai untuk menangkap ikan kerana ia adalah kawasan tumpuan ikan dan hidupan marin yang lain.

“Amat menyedihkan apabila kita cuba memancing ikan di kawasan perairan ini (Baronia), malah ikan-ikan kecil tidak akan dibawa naik,” jelasnya.

Thien memberitahu gambar-gambar yang sama turut diserahkan kepada pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) hari ini untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah APMM Daerah Maritim (DM) 13 Miri, Kapten Mohd Fauzi Othman ketika dihubungi memberitahu, pihaknya sudah mengerahkan pasukan penguatkuasa pergi ke lokasi yang dimaksudkan.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa pemancing ataupun nelayan tempatan yang terserempak dengan insiden penangkapan ikan secara haram ini supaya melaporkan terus kepada pihak berkuasa khasnya APMM dengan segera sebelum menghebahkannya bagi membolehkan pihak berkuasa bertindak segera dan serta-merta.

Tambahnya orang awam boleh menghubungi talian pantas APMM Miri di 085-418204. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15335

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8409

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news