Pesakit dari Kapit negatif Ebola di Hospital Sibu 0 6714

SIBU: Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh telah mengesahkan pesakit lelaki berasal dari Kapit yang dimasukkan ke wad pengasingan kelmarin disahkan negatif daripada jangkitan virus Ebola.

“Beliau didapati negatif setelah diperiksa oleh doktor yang menyatakan hanya mengalami demam biasa sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, lelaki tersebut baharu sahaja pulang dari bekerja di Afrika kini didapati semakin sembuh. Katanya, beliau akan dikeluarkan dari wad pengasingan dalam masa terdekat ini selepas suhu demamnya semakin menurun.

“Kita perlu mengikut prosedur pihak hospital untuk menahannya di wad pengasingan sehingga keadaan kesihatannya benar- benar pulih,” katanya sambil me- nambah ia bukan Ebola tetapi deman biasa.

Pesakit tersebut merupakan seorang pekerja kem di benua Afrika baharu pulang ke sini untuk bersama keluarga di sini sejak 11 September lalu. Sebelum dihantar ke hospital di sini, pesakit itu dikatakan mengadu berasa mual dan suhu badannya tinggi.

Bimbang dijangkiti virus Ebola, ahli keluarganya bergegas menghantarnya ke Hospital Sibu pada malam Ahad lalu. Selepas menjalani pemeriksaan awal di hospital itu, ambulans telah menghantar mangsa ke bilik kuarantin.

Ambulans yang digunakan untuk menghantar pesakit tersebut juga telah disterilkan. Wong menasihatkan orang ramai agar bertenang dan tidak menyebarkan sebarang khabar angin mengenai kes terbabit.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15093

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8376

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news