Pemandu teksi hantar petisyen bantah Uber dan Grab 0 5962

KUCHING: Lebih 200 pemandu teksi dari sekitar Kuching hari ini mengadakan perhimpunan aman membantah perkhidmatan Uber dan Grab di negeri ini.

Mereka mula berkumpul di perkarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama seawal jam 9 pagi.

Satu petisyen ditandangani kira-kira 237 pemandu teksi membantah Uber dan Grab turut diserahkan kepada pejabat Ketua Menteri.

Petisyen itu telah diserahkan kepada Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri, Ahmad Hazlan Ismawi. Azlan bagi pihak Pejabat Ketua Menteri menerima memorandum ditandatangani 237 pemandu teksi membantah operasi Uber dan Grab dalam perhimpunan aman di kompleks DUN lama hari ini.

Menurut wakil pemandu-pemandu teksi yang ditemui, Ali Sunei @ Suni, petisyen itu meminta Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengambil tindakan sewajarnya menyekat Uber dan Grab yang dikatakan punca utama mereka hilang sumber pendapatan.

“Hari ini kami melakukan protes aman dan menghantar petisyen membantah Uber dan Grab di negeri ini kepada pejabat Ketua Menteri.

“Antara perkara yang terdapat dalam petisyen itu ialah merayu kerajaan negeri meneliti semula operasi Grab dan Uber khususnya di Sarawak,” katanya. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15389

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news