Pemburu maut, senjata makan tuan di hutan Kampung Mang Kota Samarahan 0 5833

KOTA SAMARAHAN: Seorang pemburu terbunuh dipercayai tertembak diri sendiri dengan senapang di kawasan hutan Kampung Mang di sini, semalam.

Mangsa Bong Francis, 46, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian rusuk kiri badannya.

Insiden berdarah itu dipercayai berlaku kira-kira 12 tengah hari.Sebelum kejadian mangsa dikatakan bersama tujuh rakan lain termasuk anaknya masuk ke kawasan hutan tersebut untuk memburu.

Mangsa kemudian memberitahu mahu membuang air besar di kawasan sungai berhampiran selepas menikmati makan tengah hari.

Bagaimanapun, kumpulan pemburu itu dikejutkan dengan bunyi tembakan sebelum terdengar jeritan mangsa meminta tolong.

Bimbang akan keselamatan mangsa, merekapergi ke kawasan sungai sebelum menjumpai Bong dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan kesan tembakan.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Lee Chong Chern mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mangsa bersama rakan pemburu lain telah masuk ke hutan tersebut seawal jam 8 pagi dengan menaiki dua buah kereta.

Difahamkan mangsa pada awalnya masih sedar tetapi lemah sebelum meninggal dunia di lokasi insiden.Menurut Lee, pihaknya percaya mangsa matiakibat tertembak dirinya sendiri. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15439

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8424

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news