Pemuda GPS menyifatkan kerajaan PH mengecewakan rakyat Sarawak 0 6041

KUCHING: Sayap Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyifatkan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringat persekutuan dalam tempoh setahun amat mengecewakan rakyat Sarawak.

Kumpulan sayap Pemuda GPS dalam satu kenyataan bersama berkata, sehingga kini tiada berita baik untuk Sarawak diumumkan oleh kerajaan PH.

“Kerajaan PH mendiskriminasi dan menganaktirikan Sarawak sepanjang tempoh setahun mentadbir negara.

“Malah, sejak hari pertama PH dipilih menjadi kerajaan persekutuan baharu sehingga hari ini tiada berita baik diumumkan untuk Sarawak daripada Putrajaya,” kata kumpulan itu pada sidang media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Kumpulan sayap pemuda GPS itu diketuai empat Ketua Pemuda iaitu Gerald Rentap Jabu (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu-PBB), Datuk Snowdan Lawan (Parti Rakyat Sarawak-PRS), Michael Tiang (Parti Rakyat Bersatu Sarawak-SUPP) dan Robert Ayu (Parti Demokratik Progresif-PDP).

Malah, mereka meminta kejujuran kepimpinan dan komitmen kerajaan PH untuk rakyat Sarawak terutama dalam menunaikan janji manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13432

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12903

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news