Pengerusi PKR Sarawak – adakah antara Baru dan Larry? 0 6081

Selepas selesai pemilihan, adakah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak kini berhadapan kemelut baru.

Kemelut ‘siapa pengerusi PKR Sarawak’ yang kini disandang Menteri Kerja Raya Baru Bian. Persoalan ini muncul selepas kongres parti yang diadakan pada hujung minggu lepas.

Baru yang merupakan Anggota Parlimen Selangau dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak Ba’ Kelalan tidak bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada tahun ini.

Adakah Baru kekal?Adakah Anggota Parlimen Julau Larry Sng akan diangkat menggantikan Baru?Adakah semua ketua cabang akan memilih pengerusi selain dari dua individu di atas?

Larry pada pemilihan parti yang lepas berjaya menempatkan dirinya sebagai salah seorang ahli MPP.Satu-satunya ahli MPP dari Sarawak.

Beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-14, memenangi kerusi Julau atas tiket calon Bebas.Selepas menang, dia menyertai PKR.Maknanya, Larry masih baru dalam PKR.

Pada kongres parti, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa Baru tidak hadir kongres.Baru menjawab bahawa sudah memaklumkan kepada parti ke tidakhadirannya kerana menghadiri tugas rasmi sebagai Menteri.

Larry seperti dilaporkan beberapa portal berita, menyerahkan keputusan siapa bakal menduduki kerusi itu kepada Anwar.

Bagaimanapun, Ketua PKR Betong Vernon kedit dipetik berkata Larry silap dalam hal ini.Silap apabila dia tidak maklum bahawa PKR Sarawak memiliki autonomi dalam memilih pengerusi.

Cuma Sabah dan Sarawak memiliki autonomi ini.Setiap ketua cabang di Sarawak akan mengundi siapakah calon pilihan mereka.Calon menerima undi terbanyak akan dipilih menjadi pengerusi.

Baru dipilih menerusi cara ini pada 2014.Jawatan pengerusi bagi negeri-negeri lain ditentukan presiden parti.

Sementara itu, ada hebahan mempelawa orang ramai menyambut ketibaan Baru diLapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Sabtu ini, pukul 9.30 pagi.

“Gunakan pakaian tradisi yang menggambarkan latar belakang etnik untuk menunjukkan kepada PKR (pusat) Baru memiliki sokongan semua warga Sarawak.

“Bagi menunjukkan sokongan padu terhadap beliau, anda dibenarkan membawa kain rentang dan poster,” kata hebahan yang disebarkan menerusi media sosial. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news