Penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan tidak terpakai di Sarawak 0 7071

KUCHING: Penguatkuasaan larangan merokok di semua tempat makan oleh kerajaan persekutuan bermula 1 Januari tahun depan tidak terpakai di Sarawak melainkan Kerajaan Sarawak mengguna pakai polisi baharu tersebut.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata Sarawak mempunyai Ordinan Kerajaan Tempatan sendiri dan polisi baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan perlu diguna pakai oleh Kerajaan Sarawak sebelum dilaksanakan.

Dr Sim turut menegaskan bahawa ini adalah sebahagian daripada autonomi Sarawak meskipun selepas pengumuman oleh Kementerian Kesihatan untuk menguat kuasa larangan merokok bulan depan.

“Sehinga kita mengguna pakai polisi ini, ia tidak terpakai di Sarawak. Kita mempunyai Ordinan Kerajaan Tempatan kita sendiri,” katanya semalam sebagai mengulas mengenai peranan kementeriannya dalam pelaksanaan larangan merokok bermula 1 Januari 2019.

Dr Sim turut mengakui bahawa merokok adalah tidak baik untuk kesihatan tetapi pada masa yang sama menjelaskan bahawa kedai kopi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan.

Jelasnya, larangan merokok tidak akan menjejaskan Sarawak melainkan Kerajaan Sarawak memutuskan untuk menguna pakai polisi tersebut.

Malaysia dijangka menguat kuasa larangan merokok di semua tempat makan berhawa dingin dan tidak berhawa dingin termasuk restoran, kedai kopi, pusat penjaja terbuka dan gerai kaki lima.

Larangan merokok ini diumumkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye ketika forum di Institut Perubatan, Sains dan Teknologi ASEAN di Kedah pada Oktober lepas.

Mereka yang didapati merokok di kawasan larangan akan didenda RM10,000 dan tempat makan yang didapati tidak menguat kuasa larangan ini akan didenda RM2,500. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13164

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12630

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news