Terkini: Kanak-kanak berusia 11 tahun dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai di Kabong 0 6269

KABONG: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai sekitar jam 6 petang tadi di jeti Pangkalan bot Paloh.

Susulan daripada insiden, gerakan mencari mangsa yang dikenali sebagai Nur Shahadah Fatihah Binti Iman yang berasal dari Kampung Hilir Lau sedang giat dijalankan.

Setakat berita ini ditulis operasi mencari masih lagi dijalankan dan mangsa masih lagi gagal ditemui.-Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13164

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12630

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news