Pengundi Sabah, Sarawak pilih Najib berbanding Mahathir – Penganalisis 0 5620

KUALA LUMPUR: Sikap keterbukaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam berdepan isu semasa menjadi pendorong kepada pengundi Sabah dan Sarawak untuk terus kekal sebagai peti simpanan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kelak, kata penganalisis politik tempatan.
Mereka berpendapat perdana menteri sanggup turun ke Sabah dan Sarawak sekerap yang mungkin bagi menjelaskan dan memberikan status terkini mengenai isu semasa seperti pembangunan, infrastruktur , pendidikan dan ekonomi.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata pengundi Sarawak, misalnya, lebih mementingkan isu yang dekat dengan kehidupan mereka membabitkan ?isi perut’, buku teks sekolah anak-anak dan bantuan daripada kerajaan berbanding isu nasional.
“Berdasarkan kajian kami, sebanyak 60 peratus pengundi di Sarawak memberikan sokongan kepada perdana menteri walaupun pelbagai tohmahan daripada isu-isu di Semenanjung Malaysia. Ini bagi saya mengejutkan.”
“Malah, mereka juga memberi sokongan kepada perdana menteri berikutan komitmen beliau yang sanggup turun padang sebanyak 59 kali di 126 lokasi berbeza sejak 2008.”
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Madya Dr Jeniri Amir
“Keupayaan kerajaan menunaikan janji seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) juga menjadi senjata ampuh dan berbisa dalam memenangi hati rakyat Sarawak,” katanya pada sesi meja bulat membincangkan tajuk ?Sabah dan Sarawak Dalam PRU14: Antara Politik Pembangunan dan Perubahan Politik’ hari ini.

Sesi itu dianjurkan Majlis Profesor Negara, Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa yang mengupas pelbagai isu politik tempatan selama sehari dan disertai pelbagai lapisan pakar politik dan penganalisis politik negara.
Turut senada dengan beliau ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Arnold Puyok yang menyifatkan Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO, lebih disukai berbanding bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana sikapnya yang prihatin terhadap isu Sabah dan Sarawak.
“Tun Mahathir terkenal kerana tidak hiraukan perkongsian kuasa, hak autonomi sewaktu menjadi beliau perdana menteri dahulu.”
“Ini jauh berbeza dengan Najib yang dilihat mendengar dan bersetuju dengan permintaan dari pemimpin Sabah dan Sarawak berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 dan kuasa autonomi,” katanya.
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Dr. Jayum Jawan pula berkata majoriti pengundi Sabah dan Sarawak mahu terus kekal dengan UMNO dan BN berbanding meletakkan pilihan tidak pasti di tangan pembangkang.
Beliau berkata ini kerana pengundi di Sabah dan Sarawak tidak mudah terpengaruh dengan dakyah dan peluru pembangkang berkaitan ketidakupayaan kerajaan dalam menjuarai isu pembangunan dan isu-isu tempatan.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Zaini Othman berkata aspek politik pembangunan dan perubahan politik saling berkait dan penting bagi menentukan kelangsungan UMNO dan BN di Sabah.
Beliau menarik perhatian bahawa jika ada ?ribut dalam cawan’, kestabilan politik di Sabah dan Sarawak akan goyah sekaligus memberikan ruang dan peluang kepada pembangkang untuk membuat kejutan pada PRU14 nanti.
“Jadi, kepimpinan UMNO dan BN perlu melihat ruang yang boleh diperbaiki dalam mendekati pengundi khasnya golongan muda intelektual yang sering kali akan mempersoal kredibiliti pemilihan bakal pemimpin mereka,” jelasnya.– BERNAMA
Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13439

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8134

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news