Penjual syabu ditangkap polis ketika tunggu pelanggan di Limbang 0 6043

LIMBANG: Tindakan seorang  lelaki yang sedang menunggu pelanggan untuk urusan penjualan syabu di sebuah bengkel kereta berjaya dihidu polis apabila dicekup di kawasan Batu Tiga Jalan Pandaruan tengah hari semalam.Suspek berusia 43 tahun itu berasal dari Kampung Pahlawan, diberkas pada jam 11.50 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Limbang.

Suspek (dua kanan) diberkas polis semalam. Gambar kecil menunjukkan Dadah yang dirampas daripada suspek.Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata ketika ditahan polismerampas syabu seberat 25.6 gram bernilai RM3,500.00.”Syabu berkenaan disorokkan di dalam satu bekas rokok aluminium yang berisi satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal syabu dijumpai dikerusi penumpang bersebelahan suspek,” katanya

kepada media hari ini.Hasil siasatan awal katanya suspek mengaku memiliki dadah berkenaan yang diperolehi dari negara jiran.”Suspek juga dipercayai mulai terjebak dalam aktiviti pengedaran dadah di kawasan kampung Pahlawan sejak 2016,” ujarnya lagi.Beliau memberitahu ujian saringan awal air kencing telah dijalankan dan mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya lagi.

Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu direman hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen  39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.- Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15227

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news