Penurunan Kuasa 13 Perkara yang Telah Dicapai Setakat ini Di Dalam MANIFESTO BARISAN NASIONAL 0 5816

OBJEKTIF

Untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri ke atas pelaksanaan program dan projek yang dibiayai Kerajaan Persekutuan kerana Kerajaan dan Pentadbiran Negeri lebih memahami keperluan rakyat Sarawak. Ini adalah untuk memastikan kecekapan
dan keberkesanan pelaksanaan program dan projek.

Kerajaan Persekutuan telah bersetuju

1. Untuk membenarkan Peguam Besar Persekutuan melantik pegawai dari Pejabat Peguam Besar Negeri sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa dan mengendalikan kes-kes di bawah Undang-undang Negeri.

2. Untuk merujuk kepada Kerajaan Negeri sebelum meluluskan Permit Perikanan Laut Dalam.

3. Untuk menambah bilangan pelajar Sarawak yang mengikuti kursus ijazah perubatan di universiti-universiti awam termasuk UNIMAS.

4. Untuk merujuk kepada Kerajaan Negeri berhubung perkara-perkara mengenai alam sekitar seperti yang terkandung dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

5. Untuk menubuhkan jawatankuasa bersama yang bertanggungjawab ke atas program pembangunan perumahan biayaan Persekutuan di negeri ini.

6. Untuk menyerahkan Jabatan Kebajikan dan semua fungsinya kepada Kerajaan Negeri.

7. Untuk menguruskan bersama pembangunan sukan di negeri Sarawak.

8. Supaya Jabatan Imigresen Negeri meningkatkan kerja-kerja penguatkuasaan dengan mewujudkan 100 jawatan baharu.

9. Supaya menjelang akhir tahun 2018, 90% daripada guru-guru di Sarawak adalah Anak
Sarawak.

10. Bahawa sebarang cadangan enakmen atau pindaan semua undang-undang Persekutuan yang memberi kesan kepada Sarawak mestilah dirujuk kepada Kerajaan Negeri.

11. Supaya semua projek biayaan Persekutuan yang hendak dilaksanakan di Sarawak
mestilah dirujuk kepada Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

12. Supaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan menurunkan kuasa kepada suruhanjaya peringkat negeri untuk melantik pegawai-pegawai baharu di negeri ini.

13. Untuk memberi kuasa warden trafik kepada pihak berkuasa tempatan seperti DBKU dan MBKS

Perdana Menteri telah bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa tertinggi di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk merundingkan hak-hak kita dalam MA63.

Kami Akan Terus Menuntut:

1. Hak Kita
• Mengembalikan kedudukan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang asal

• Ke Atas Minyak & Gas yang melampaui Ordinan Perlombongan Minyak

• Ke atas perkara-perkara mengenai Pelancongan, Alam Sekitar, Belia dan Sukan

2. Mempertingkatkan Penurunan Kuasa Kepada Sarawak

• Kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan berkenaan polisi dan amalan yang unik kepada Sarawak sungguhpun tidak konsisten dengan polisi dan amalan Kerajaan Persekutuan

• Penurunan kuasa untuk melaksanakan projek biayaan Persekutuan di negeri ini

• Meningkatkan desentralisasi kuasa ke atas hal-hal pendidikan dan kesihatan

3. Kewangan
• Meningkatkan Geran Khas daripada Kerajaan Persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan

• Mengembalikan kuasa untuk Memungut Duti Setem ke atas transaksi berkaitan
tanah

• Memberi pampasan kepada Kerajaan Negeri atas kehilangan pendapatan dengan pemansuhan duti import produk petroleum

4. Semua Hak-hak lain kerajaan negeri yang terhakis selepas 1963

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13486

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8147

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news