Penyerang Liverpool Mohamed Salah mungkin terlepas aksi Piala Dunia 0 5531

Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo (kiri) kelihatan cuba menenangkan pemain Liverpool, Mohamed Salah. Foto Astro ARENA

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, mengesahkan Mohamed Salah dalam keraguan besar untuk beraksi dalam kempen Piala Dunia bersama Mesir selepas mengalami kecederaan bahu dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Real Madrid.

Penyerang itu terpaksa dikeluarkan ketika permainan baru berusia setengah jam dalam pertembungan di Kiev, Ukraine, awal pagi tadi selepas diasak kapten Real Madrid, Sergio Ramos.

Salah cuba meneruskan permainan sebaik menerima rawatan, namun akhirnya terpaksa akur terpaksa meninggalkan padang dengan tangisan dengan Adam Lallana menggantikannya dalam kekalahan 3-1.

Klopp mengesahkan kepada Sky di Jerman bahawa Salah “mungkin” mengalami patah bahu, seterusnya mengakui peluang pemain lincah itu untuk ke Russia dalam keraguan.

“Ya, betul,” katanya kepada BT Sport apabila ditanya kedudukan Salah dalam Piala Dunia mungkin terjejas.

“Ada sesuatu (tidak kena) dengan bahunya, anda boleh membayangkan dia akan meneruskan permainan jika ada yang kebarangkalian.”

Tambah beliau dalam sidang akhbar: “Ia adalah kecederaan serius, kecederaan serius, saya fikir ketika ini dia berada di hospital untuk melakukan ujian imbasan.

“Saya berpendapat mungkin tulang selangka atau bahu itu sendiri. Ia tidak kelihatan baik, itu sahaja.

“Ini (situasi) sangat buruk bagi Mo, sangat buruk bagi kami dan sangat buruk bagi Mesir.”

Berita itu merumuskan tempoh 90 minit yang menyedihkan buat Liverpool di Ukraine yang ditewaskan oleh dua gol daripada Gareth Bale setelah Sadio Mane lebih awal membatalkan gol pembukaan Karim Benzema.

Mesir akan menghadapi Uruguay, Arab Saudi dan tuan rumah, Russia, dalam Kumpulan A Piala Dunia. – Astro Awani

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15421

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8421

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news