Petronas diminta mohon lesen bangun lapangan minyak dan gas di Sarawak – Abang Johari 0 5584

Kerajaan negeri Sarawak telah memaklumkan kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) supaya mendapatkan lesen jika mahu membangunkan lapangan minyak dan gas di negeri ini.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata syarikat terbabit atau mana-mana pihak perlu mematuhi syarat itu seperti yang termaktud dalam Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak 1958 dan peraturan tersebut dikenakan ke atas semua syarikat minyak dan gas yang mahu beroperasi di negeri ini.

“Mereka (Petronas Cari Gali Sdn Bhd, Sarawak Shell Bhd dan Sapura Exploration dan Production -Sarawak) mempunyai kontrak (perniagaan) antara mereka sebelum kita mengetahui kita ada hak ke atas pengeluaran minyak dan gas dalam Sarawak seperti termaktud dalam Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak,” katanya selepas menyaksikan maljis menandatangani perjanjian pengambilalihan 15 peratus ekuiti Shell Gas Holdings (Malaysia) Limited dalam Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd (MLNG Tiga), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan Sapura Energy Bhd, mengatakan anak syarikatnya Sapura Exploration dan Production bersama Petronas Cari Gali dan Sarawak Shell akan membangunkan blok SK408, Gorek, Larak dan Bakong yang terletak di luar pantai Sarawak.

Sapura Energy berkata ia telah mengambil keputusan pelaburan akhir (FID) untuk membangunkan Fasa 1 Kontrak Perkongsian Pengeluaran SK408 susulan kelulusan pelan pembangunan lapangan daripada Petronas dan permeteraian perjanjian terma utama jualan gas.

Sehubungan itu, Abang Johari berkata Petronas telah dimaklumkan menerusi surat rasmi agar mendapatkan lesen daripada kerajaan negeri untuk beroperasi secara sah.

Beliau berkata pematuhan ordinan itu penting kerana kerajaan negeri perlu mengawal selia industri minyak dan gas negeri.

–BERNAMA
Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13487

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8147

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news