Murid Tahun 1 tulis surat kepada Abg Johari minta belikan pensil warna untuk kawan miskin SK Siol Kanan 0 6038

PETRA JAYA: Carolina Ningo menulis pada garis masa di Facebooknya pada Jumaat menceritakan anaknya Muhd Aimy, 7, yang mengikutnya ke perasmian seminar, mendapat idea menulis surat kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Surat yang ditulisnya itu kemudian diserahkan sendiri oleh Aimy dengan tangan kepada Ketua Menteri selepas beliau merasmikan Seminar Pembangunan Umah 2018 di Kompleks Islam Sarawak, pada pagi Jumaat.

Carolina turut memuat naik surat yang bertulis tangan itu dan tentu sekali sempat merakam foto surat tersebut yang berbunyi: “Kepada YAB Ketua Menteri Sarawak. Saya Muhd Aimy 1 Waja SK Siol Kanan sayang Ketua Menteri Sarawak. Bolehkah beli pensil warna untuk semua kawan saya yang miskin di sekolah saya. Terima kasih.”

Carolina menggambarkan bagaimana “terujanya” Aimy menunggu Ketua Menteri di depan pintu dan Abang Johari mengusap kepala Aimy sebaik sahaja selepas mengambil surat tersebut dari tangannya.

“Sanggupnya tunggu depan pintu sabar nunggu dak media berasak2 ambik gambar CM dan kakya baruk Aimy pass by hand kedirik suratnya untuk CM… He so happy so so much happy bila CM ambik surat ya dan usap palaknya… semoga permintaan Aimy dipenuhi…amin. terima kasih,” tulis Carolina.

Menarik perhatian para netizen lain, Carolina dalam postingnya menceritakan bagaimana anaknya, murid SK Siol Kanan yang terletak di Taman Sukma, Petra Jaya itu, teruja dan duduk di hadapan sekali pada majlis tersebut dengan memberi fokus mendengar isi ucapan Abang Johari.

“Anak mama tok lagik fokus dari mama… Aimy padah yg CM padah Umat Islam mesti bersatu baruk kita teguh!!!sik boleh bergaduh..mesti adil dengan semua orang..nya gik ingatkan mamanya…,” tulis Carolina.

Selepas mendengar ucapan Abang Johari itulah, Aimy mencapai kertas nota daripada “doorgift” majlis, lantas menulis surat ringkas tersebut untuk diserahkan sendiri kepada Ketua Menteri.

Di ruang komen akaun Facebook Carolina, para sahabatnya menulis:

Syerina Ahmad Khan: Allahu… semoga anak2 ktk semuanya berjaya dunia akhirat, Carol. Aamiin.

Ct-Razali Dayana Dayyan: Terharu baca… mudahan anak ktk menjadi org penting kelak kak… sampei besarnya ada perasaan belas kasihan dgn org yang (sik) berkemampuan…

Jiritty Santy Patrick Julia: Terharu baca msgnya… kecik2 dah pandey ngan prihatin… hrp satu hari klk nya dpt jd anak yg bijaksana ngan berguna dgn kluarga

Abang Johari pada perasmian tersebut sememangnya mengingatkan umat Islam di negeri agar tidak leka kerana wujudnya anasir tertentu yang berusaha mengadu domba dan menjatuhkan mereka, terutama melalui politik.

Justeru, menurut Abang Johari agenda mereka adalah agar solidariti umat Islam di negeri ini menjadi longgar.

“Ini yang saya takut… layap. Orang lain gunakan kita untuk pecahkan kita. Mereka ada roket, kapal terbang… menggunakan kita, pecahkan kita… akhirnya siapa yang teruk. kita yang teruk,” kata Abang Johari pada perasmian seminar yang berlangsung sehari anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak. –Sarawakvoice

Petikan fb carolina ningo

Assalamualaikum…haritok Aimy ikot mama ke Seminar Pembangunan Ummah 2018 di kompleks Islam Sarawak ..ok nya maok duduk dpn skali sblh kiri sbb sik nampak katanya…apa nok dipadah CM dlm ucapannya..anakmama tok lagik fokus dari mama..Aimy padah yg CM padah Umat Islam mesti bersatu baruk kita teguh!!!sik boleh bergaduh..mesti adil dengan semua orang..nya gik ingatkan mamanya..hehehe..

Dlm.diam diam nya nulis surat ke CM pakey notebook dlm doorgift ya..nya madah maok berik kedirik  by hand ngan Ketua Menteri..Aimy padah Ketua Menteri  dapat tolong org susah..harapan Aimy yang kawan-kawannya yang miskin dapat pensil warna di sekolahnya..
Ok ..sanggup nya tunggu depan pintu sabar nunggu dak media berasak2 ambik gbr CM dan kakya baruk Aimy pass by hand kedirik suratnya untuk CM..He so happy so so much happy  bila CM ambik surat ya dan usap palaknya…semoga permintaan Aimy dipenuhi…amin.terimakasih

kredit_Borneo facebook page

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13485

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8146

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news