Petronas teruskan tindakan perundangan terhadap Kerajaan Negeri Sarawak 0 5543

KUALA LUMPUR, 22 Jun : Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) bagi kebenaran untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan negeri Sarawak, tidak menjejaskan sama sekali keupayaan syarikat minyak nasional itu untuk meneruskan tindakan undang-undang, dengan niat untuk mendapatkan kejelasan mengenai hak dan kedudukannya di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974.
 
Petronas dalam satu kenyataan berkata keputusan mahkamah itu adalah semata-mata berdasarkan alasan teknikal dan ia memutuskan bahawa perkara itu terletak di luar bidang kuasa  Mahkamah Persekutuan.
 
β€œMahkamah Persekutuan tidak dengan apa-apa cara menentukan atau mengesahkan merit kedudukan undang-undang yangh diambil oleh kerajaan Sarawak untuk mengawal selia aktiviti huluan petroleum di bawah Ordinan Perlombongan Minyak 1958.
 
β€œMahkamah Persekutuan juga menarik perhatian kepada konsesi oleh kerajaan Sarawak bahawa Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 telah digubal secara sah,” kata kenyataan itu.
 
Oleh itu, ini mengukuhkan pandangan  Petronas bahawa hanya Parlimen boleh menggubal undang-undang mengenai perkara-perkara berkaitan industri huluan petroleum termasuk kuasa kawalseliaan di seluruh Malaysia, baik di darat mahupun di luar pesisir mengikut PDA 1974.
 
Terdahulu hari ini, Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop, yang merupakan satu-satunya hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang, menolak permohonan Petronas selepas memutuskan bahawa Mahkamah Persekutuan tidak boleh mendengar perkara itu kerana relif perisytiharan yang dimohon syarikat minyak nasional tidak termaktub di bawah bidang  kuasa Mahkamah Persekutuan  tetapi di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14925

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8360

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news