Sarawak kuat kuasa undang-undang minyak dan gas 1 Julai depan 0 5541

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak akan menguat kuasakan undang-undang dalam mengawal selia berkaitan aktiviti minyak dan gas di perairan negeri itu pada 1 Julai depan.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan media hari ini berkata, penguatkuasaan undang-undang berkaitan aktiviti huluan minyak dan gas di negeri itu akan dilaksanakan seperti diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebelum ini.

Kata kenyataaan itu, keputusan itu diputuskan selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Petroliam National Berhad (Petronas) memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan Sarawak untuk mendapat perisytiharan bahawa Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 terpakai bagi mengawal selia aktiviti huluan minyak dan gas di negeri itu.

“Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) milik kerajaan negeri akan diberikan kuasa berkaitan untuk mengawal selia segala aktiviti huluan minyak dan gas di negeri ini mengikut Ordinan Perlombongan Minyak Sarawak.

“Ketua Menteri turut merakamkan penghargaan kepada pasukan undang-undang Sarawak dan seluruh rakyat negeri ini atas sokongan padu bagi kita melaksanakan hak perlembagaan berkaitan aktiviti minyak dan gas di Sarawak,” kata Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Pagi tadi, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan Petronas untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan Sarawak berhubung hak syarikat minyak negara itu untuk mengawal selia aktiviti huluan minyak dan gas di negeri itu.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop memutuskan relif perisytiharan yang dimohon Petronas tidak termaktub di bawah Perkara 4 (4) dan Perkara 4 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 4 Jun lalu, Petronas telah memfailkan permohonan bagi kebenaran untuk memulakan prosiding itu mengikut Perkara 4 (4) Perlembagaan Persekutuan, memohon perisytiharan bahawa Akta Pembangunan Petroleum 1974 terpakai bagi mengawal selia aktiviti huluan di Sarawak.

Ia memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang telah dikuatkuasakan oleh Parliamen yang menyatakan bahawa Petronas ialah pihak pengawal selia eksklusif bagi industri huluan di seluruh negara termasuk di Sarawak. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13551

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news