PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Petronas bagi meneruskan prosiding terhadap Kerajaan Sarawak berhubung hak kawal selia terhadap aktiviti huluan minyak dan gas di negeri ini.
Selepas mendengar hujah daripada dua pihak pada Rabu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop berkata beliau berpuas hati dengan hujah pasukan peguam mewakili Kerajaan Sarawak.
Menurutnya, kes tersebut sepatutnya dibawa ke Mahkamah Tinggi.
Semalam, mahkamah bersidang selama kira-kira dua jam bermula jam 9.45 pagi dan hakim memutuskan untuk mengumumkan keputusan pada jam 9.30 pagi ini.
Kes tersebut pada asalnya didengar di mahkamah pada 12 Jun, tetapi ditunda ke semalam.
Petronas pada 4 Jun berkata ia adalah pemilik eksklusif sumber petroleum, serta pengawal selia industri huluan di seluruh Malaysia termasuk di Sarawak. – Utusan Borneo Online
[laporan lanjut akan menyusul]