Petronas komited untuk menyokong Sarawak menjadi pemain utama industri minyak 0 5488

KUALA LUMPUR: Petronas komited dalam menyokong aspirasi Sarawak untuk menjadi pemain utama dalam industri petroleum dan setakat ini telah melabur RM183 bilion dalam sektor huluan di negeri berkenaan melalui kontrak perkongsian pengeluaran (PSC).

Menurut maklumat grafik yang dikeluarkan secara eksklusif kepada Bernama oleh syarikat minyak negara tersebut hari ini, ia juga telah membuat bayaran tunai bernilai RM33 bilion kepada Sarawak sejak 1976 sehingga tahun lepas.

Di samping itu, melalui ekuiti kerajaan negeri dalam kompleks gas asli cecair (LNG) Petronas di Bintulu, negeri itu juga telah menerima dividen sebanyak RM18 bilion.

Melalui Jawatankuasa Kerja Bersama Sarawak, Petronas juga bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk memastikan rakyat Sarawak serta syarikat tempatan mendapat keutamaan dalam peluang kerjaya dan perniagaan dalam aktiviti huluan dan hiliran di rantau ini.

Petronas juga telah membelanjakan RM411 juta untuk program biasiswa dan bantuan kepada lebih 6,000 pelajar Sarawak manakala 5,000 profesional Sarawak bekerja dalam operasi Petronas di seluruh dunia.

Kerajaan Sarawak pada Mac tahun ini melancarkan Petroleum Sarawak Bhd (Petros), iaitu syarikat milik kerajaan negeri untuk meningkatkan pembabitannya dalam industr tersebut

Maklumat grafik berkenaan juga menjelaskan secara terperinci Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974, undang-undang Persekutuan yang digubal Parlimen, yang mempunyai kecekapan perundangan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengisytiharkan undang-undang yang berkaitan petroleum.

PDA 1974 memberikan pemilikan eksklusif minyak dan sumber di Malaysia kepada Petronas dan menjadikannya badan kawal selia tunggal bagi aktiviti huluan minyak dan gas melalui PSC.

Sistem PSC menangani keperluan untuk pengurusan berpusat industri petroleum yang lebih meluas untuk kepentingan negara dan negeri.

Ini telah membolehkan Petronas mewujudkan nilai penting untuk negara, dengan itu menyumbang kepada kesejahteraan dan pembangunan negara dan negeri masing-masing.

β€œPDA 1974 berfungsi untuk melindungi kepentingan semua rakyat Malaysia, memastikan negara mendapat manfaat terbanyak daripada sumber petroleumnya,” kata Petronas dalam maklumat grafik tersebut.

Di bawah PDA 1974, keuntungan dibahagikan antara Petronas, kontraktor dan pembayaran cukai pendapatan kepada kerajaan dengan kerajaan-kerajaan negeri dan Persekutuan memperoleh royalti masing-masing lima peratus daripada Keuntungan Minyak dengan Petronas dan kontraktor berkongsi masing-masing12.5 peratus daripada PCS tahun 1985-jenis serta 15 peratus untuk cukai pendapatan.

Daripada dua jenis PSC lain, keuntungan minyak hanya 10 peratus dengan tiga peratus masing-masing untuk kedua-dua pihak dan empat peratus untuk cukai pendapatan (di bawah PSC Deepwater/Ultra Water) dan untuk PSC Pendapatan/Kos, keuntungan minyak adalah 20 peratus di mana enam peratus masing-masing untuk Petronas dan kontraktor dan lapan peratus untuk cukai pendapatan.

Maklumat grafik itu juga mendedahkan fakta bahawa PSC terbabit mempunyai risiko, amat berintsensif modal serta mengambil masa yang panjang untuk memberikan pulangan sementara penerokaan mengambil masa antara tiga hingga lima tahun tanpa pendapatan dan kebarangkalian untuk menemui minyak hanya antara 20 dan 25 peratus.

Risiko ini menjangkau tempoh pembangunan antara perbelanjaan empat dan enam tahun untuk mengewangkan penemuan itu, suatu tempoh di mana tiada pendapatan diperoleh.

Setelah pengeluaran dibuat, pembayaran tunai 10 peratus kepada Persekutuan dan negeri bermula di mana Petronas dan kontraktor membayar 38 peratus cukai pendapatan daripada keuntungan yang dibuat dan Petronas juga membayar dividen tahunan kepada kerajaan Persekutuan.

Bertentangan dengan persepsi umum, pembayaran tunai ini perlu dibuat tanpa mengambil kira sama ada pengeluaran dari medan itu menguntungkan atau tidak dan dibayar dua kali setahun.

Menurut maklumat grafik tersebut, peningkatan pembayaran royalti daripada lima peratus kepada 20 peratus seperti yang dituntut oleh negeri pengeluar akan memberi kesan buruk kepada industri.

Peningkatan pembayaran tunai sedemikian juga akan mengurangkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan minyak dan gas kepada ramai pemain industri.

Pada masa ini terdapat lebih 40 pelabur dalam PSC di mana kira-kira 80 peratus adalah pelabur asing yang melihat sektor petroleum Malaysia sebagai stabil dan menguntungkan berdasarkan pengaturan PSC semasa.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13514

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news