Polis berjaya cekup 2 suspek samun bersenjata di Tabuan Heights 0 5605

KUCHING: Polis Sarawak percaya dapat menyelesaikan beberapa kes samun bersenjata di sekitar Kuching dan Samarahan susulan penangkapan dua suspek dipercayai daripada satu sindiket di sebuah rumah di Tabuan Heights di sini malam tadi.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar ketika mengesahkan tangkapan memberitahu, serbuan pada jam 9.30 malam oleh sepasukan anggota operasi dan siasatan khas Jabatan Siasatan Jenayah Negeri itu dilakukan susulan maklumat dan risikan yang diperoleh sebelumnya.

Menurutnya, ketika pasukan yang diketuai Asisten Superintendan Shuib Abdul Samat memperkenalkan diri, penghuni rumah berkenaan enggan memberi kerjasama untuk membuka pintu.

“Tindakan kekerasan kemudian terpaksa dilakukan dengan memecah pintu utama rumah.

“Dua suspek cuba untuk melarikan diri namun berjaya dicekup oleh pasukan serbuan.

Kedua-duanya yang berumur 27 dan 34 tahun kemudian ditahan lanjut, dan semakan awal mendapati mereka mempunyai beberapa rekod lampau berkait kes curi dan dadah.

“Pemeriksaan lanjut di rumah tersebut kemudian menemui sepucuk pistol buatan sendiri dan dua butir peluru.

Kes kata Dev, kini disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjatapi 1960.

“Pagi tadi, kita telah berjaya memohon reman selama empat hari ke atas kedua-dua suspek sehingga 5 Mac.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui sejauh mana penglibatan kumpulan ini dalam beberapa kes samun di Kota Samarahan dan Kuching.

Tegasnya, ini adalah permulaan yang baik dan polis percaya akan dapat mengesan dan menangkap saki baki sindiket ini. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8422

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news