Polis cekup lelaki edar dadah di Jalan Penrissen-Stakan 0 5637

PADAWAN – Seorang lelaki ditahan polis selepas didapati terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah di Jalan Penrissen-Stakan di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, suspek berusia 43 tahun dan bekerja sendiri itu ditahan pukul 2.30 petang tadi.

Menurutnya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan melakukan ke atas pemeriksaan rumah itu dan menemui pelbagai barang terlarang yang disembunyikan di sebalik timbunan kayu di bawah pokok kelapa belakang rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, polis menemui satu plastik biru berisi tin biskut warna kuning jenama JACOB’S yang mengandungi empat bungkusan plastik lutsinar serta satu sampul warna coklat dan di dalamnya terdapat dua bungkusan plastik.

“Selepas diperiksa, di dalamnya terdapat ketulan-ketulan kristal disyaki dadah syabu dengan berat kasar keseluruhan sebanyak 919.75 gram,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, nilai semasa rampasan berkenaan dianggarkan antara RM180,000 hingga RM185,000.

Jelasnya, suspek turut mengaku barang tersebut adalah miliknya dan dibeli daripada pembekal tempatan.

“Suspek mengaku terlibat dalam pengambilan dadah sejak lima tahun lepas dan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Siburan untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13494

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8148

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news