Polis haramkan drone, alat muzik, loud hailer di pusat penamaan calon esok 0 5667

KUCHING: “Jangan terbangkan drone, jika tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, drone tidak boleh diterbangkan sebarangan,” tegas Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar sebentar tadi kepada operator drone yang berhajat menerbangkan gajet itu di pusat-pusat penamaan calon.

Beliau menyentuh perkara itu pada sidang media khas berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-14 di Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak, sebentar tadi.

Katanya, selain drone, pihaknya juga tidak mahu mana-mana pihak yang terlibat dalam perarakan calon membawa sebarang bunyi-bunyian termasuk gendang mahupun alat pembesar suara, seperti loud hailer.

“Kita boleh merampas segala item ini,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Amer Awal menegaskan bahawa semua kawasan dalam keadaan selamat, aman, tenteram dan terkawal, manakala proses demokrasi esok dijangkakan rancak.

“Cuma ada beberapa tempat dijangka akan menjadi tumpuan, tetapi bukan panas.

“Di sini kita akan meningkatkan keanggotaan,” jelasnya lagi.

Sejumlah 639 pegawai kanan polis dan 4,227 anggota lain-lain pangkat terlibat dalam memastikan kelancaran proses penamaan calon esok.

Katanya, pihaknya juga menyediakan 47 unit light strike force di seluruh Sarawak dan 38 pasukan siasatan daerah.

“Kita juga menyediakan 32 pasukan cantas yang bertanggungjawab mengendalikan jenayah-jenayah kekerasan dan mengekang elemen gangsterism.

Beliau turut menasihati para penyokong agar tidak memparkir kereta secara berganda, bagi mengelakkan berlaku gangguan kepada lalu lintas. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15108

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8380

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news