Polis tahan lelaki bersama dadah di Bau 0 6401

Bau: Pihak polis daerah Bau berjaya merampas dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM10,000 menerusi satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Segong, Singai.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau, DSP Mohd Sabri Zainul, serbuan terbabit dijalankan oleh sepasukan polis bahagian narkotik IPD Bau pada 8 Ogos kira-kira jam 10.45 malam.
   
Hasil pemeriksaan, pihak polis menemui sebuah beg hitam mengandungi tiga paket plastik mengandungi syabu dengan berat kasar sejumlah 50.81 gram.

Pada yang sama, pihak polis berjaya menahan dua org suspek terdiri daripada dua orang wanita berusia 20 tahun dan 47 tahun yang merupakan teman wanita dan ibu kepada suspek utama.
   
Setakat ini, pihak polis cuba menjejaki suspek utama yang dipercayai telah terlibat dengan gejala dadah sejak setahun yang lalu.
   
Hasil siasatan awal, suspek berusia 20 tahun didapati positif dadah jenis syabu menerusi saringan air kencing.
   
Berikutan tangkapan terbabit, pihak polis turut merampas dua buah kereta, tiga utas jam tangan, dua utas rantai emas dan perak, sebentuk cincin perak dan wang tunai berjumlah RM1,000.
   
Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13517

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news