Suspek kes bunuh Nurnia Azalea lakon semula perbuatannya 0 7031

SIBU: Suspek kes bunuh pembantu pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dibawa ke kedai tempat dia menjual telefon bimbit dan barang kemasmangsa di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, siasatan polis terhadap suspek berumur 42 tahun itu bermula pagi semalam dengan suspek menunjukkan tempat di mana telefon danrantai itu dijual di bandar ini.

“Dia (suspek) juga dibawa ke tempat tinggalnya di Jalan Ding Lik Kong di manapolis merampas seluar yang dipakainya pada malam pembunuhan,” katanya ketika dihubungi.

Stanley berkata, suspek juga diiringi ke rumah sewa mangsa di Jalan Tiong Hua di mana dia melakonkan semula cara dia memasuki rumah tersebut dan perbuatannya ke atas mangsa.

“Lakon semula ditunjukkan suspek dan gambar telah diambil untuk pengukuhan bukti,” katanya.

Sejak hari kejadian, suspek melarikan diri selepas mangsa Nurnia Azalea Priscilla Edward, 25, ditemui mati dengan tangan dan kakinya terikat ke belakang oleh rakan-rakannya di sebelah katil rumah sewanya di Jalan Tiong Hua pada jam 2.30 petang 2 Ogos lalu.

Mangsa berkahwin dengan kerani, 29, bekerja di sebuah sekolah di Tatau selama setahun dan belum mempunyai cahaya mata.

Bedah siasat terhadap mayat mangsa yang dilakukan pakar patalogi Dr Norliza Ibrahim dari Jabatan Forensik HUS Kuching pada 4 0gos lalu mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan kepala akibat hentakan kuat menggunakan benda tumpul.

Tengkoraknya retak, manakala terdapat juga kecederaan pada wajah dan lehernya, selain pendarahan dalaman di kepala dan lebam berhampiran kawasan leher.

Suspek akhirnya berjaya ditangkap pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Julau dan Sibu di rumah panjang asal isterinya di Nanga Bilat, Julau pada jam 10.40 pagi 6 Ogos lalu.

Menurut maklumat polis, suspek yang merupakan pemandu lori berasal dari sebuah rumah panjang di Batu 16, Jalan Oya dekat sini.

Suspek kini menjalani perintah reman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13517

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news