PPBM, UMNO bakal meriahkan arena politik Sarawak – Juanda 0 5490

MUKAH: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan juga UMNO jika melebarkan sayapnya ke Sarawak, bakal memeriahkan lagi suasana serta lanskap politik negeri ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Juanda Jaya (gambar) berkata, kemungkinan kedua-dua parti berpangkalan di Semenanjung Malaysia itu sangat dialu-alukan untuk bertapak di Sarawak.

“Tiada masalah untuk Bersatu dan UMNO untuk masuk ke dalam arena serta gelanggang politik Sarawak, lagi bagus,” katanya kepada Utusan Borneo hari ini.

Menurutnya jika ia berlaku, kesuburan politik di negeri ini akan bertambah.

Juanda memberikan gambaran besar dengan kemungkinan pelebaran sayap kedua-dua parti itu untuk beetapak di negeri ini.

“Apa salahnya jika ini semua untuk memberikan menfaat kepada rakyat, terutamanya bagi mereka di kawasan luar bandar,” jelasnya.

PBB pula katanya, juga tidak akan menghalang proses demokrasi yang cukup baik itu.

“Asalkan semua pihak ikhlas dan jujur berjuang untuk kepentingan rakyat,” ujar beliau lagi.

Rakyat sendiri menurut Juanda, akan menilai serta menentu ukur semuanya.

Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamed menyuarakan keinginan untuk melebarkan sayapnya ke Sarawak.

Empat parti komponen utama Sarawak sebelum ini yang keluar daripada Barisan Nasional (BN), membentuk satu gagasan baharu iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP). – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13511

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news