Maritim Malaysia rampas tangkapan ikan bernilai RM100 Ribu di perairan Miri 0 5632

Maritim Malaysia Zon Maritim Miri telah menahan dua kapal nelayan milik syarikat tempatan atas pelbagai kesalahan semalam. – Gambar hiasan

MIRI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 10,000 kilogram pelbagai jenis ikan bernilai RM100,000 daripada dua buah bot nelayan di perairan Miri atas pelbagai kesalahan petang semalam.

Ketua Maritim Malaysia Zon Maritim Miri, Kapten Md. Fauzi Othman berkata, dua bot terbabit ditahan 35 batu nautika dari muara sungai Miri dengan sebuah bot berdaftar atas nama One United 35 ditahan pukul 6.35 petang diikuti bot kedua, One United 25 pada pukul 6.55 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati lesen kedua-dua bot tersebut tamat tempoh dan seramai 27 kru warga Vietnam berumur 18 hingga 48 tahun turut ditahan dengan dua orang daripada kru tersebut tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua bot terbabit telah dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Pulau Melayu untuk siasatan dilakukan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan 1952/1960.

“Bot-bot tersebut dimiliki sebuah syarikat tempatan yang sama iaitu One United Seafood Trading Sdn. Bhd.,” katanya sambil menambah bot-bot tersebut telah menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan iaitu tunda gading kerana ianya boleh menjejaskan alam sekitar. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13511

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news