Proton lancar Saga 2019, harga bermula RM32,800 seunit 0 6467

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) melancarkan versi terkini Saga 2019 yang menampilkan ciri-ciri menarik dalam tiga varian pada harga bermula RM32,800 seunit (Standard MT), RM35,800 (Standard AT) dan RM39,800 (Premium AT).

Pelancaran model yang sinonim dengan Proton dan disuntik rekaan dan ciri terkini, telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking pada satu majlis semalam.

Digabungkan dengan pengurangan harga dan nilai ciri-ciri baharu dalam setiap varian, Saga 2019 Premium AT 1.3L memberi nilai tambahan sebanyak RM3,747 berbanding model sebelum ini.

Bagi varian Standard AT 1.3L pula membabitkan penjimatan sebanyak RM2,043 dan Standard MT1.3L dengan nilai tambahan sebanyak RM2,291.

Versi terbaharu model ikonik dan terlaris PROTON itu disuntik dengan ciri-ciri seperti gaya baharu, kotak gear automatik empat kelajuan dan ciri pintar pertama dalam kelasnya yang tidak hanya membeza Saga dengan pesaing, tetapi turut meningkatkan nilainya.

Di bahagian luar, Saga dilengkapi bampar hadapan baharu lebih agresif dengan lampu nyalaan siang, bahagian gril dengan corak ‘infinitive weave’ yang diperkenalkan sebelum ini dalam model PROTON X70, Iriz dan Persona 2019 manakala rekaan belakangnya dihiasi spilet belakang dengan paparan nama PROTON di bahagian penutup but.

Antara ciri menarik di bahagian dalamnya adalah skrin sesentuh 7-inci bagi model premium dengan sambungan Bluetooth serta telefon pintar untuk Android, bantuan pemanduan Eco dan sehinga 3 tempat cucuk USB.

Dari segi mekanikal, perubahan paling besar merupakan transmisi automatik empat kelajuan baharu menggantikan CVT sebelum ini dan barisan jurutera Proton menyuntik peningkatan prestasi brek, tahap kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH) serta keseimbangan pemanduan dan pengendalian selain menambah tahap keselamatan berkelas dunia.

Sama seperti model X70 dan Iriz 2019, Persona dan Exora, Proton Saga 2019 Saga itu turut ditawarkan dalam pakej nilai tambahan dengan pakej servis merangkumi kos pekerja percuma sebanyak tiga kali atau selama setahun.

Selain itu, ia turut menawarkan pakej kadar faedah dengan pembiayaan serendah 2.98 peratus setahun serta pakej insurans pelbagai manfaat untuk pelanggan yang menginsuranskan pembelian baharu dengan panel Proton. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13861

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13027

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news