Rekod tanpa kalah Liverpool berkecai di Etihad 0 5975

MANCHESTER, United Kingdom: Manchester City memberikan Liverpool kekalahan pertama dalam Liga Perdana musim ini, untuk menghidupkan peluang mempertahankan gelaran selepas kejayaan 2-1 di Etihad.

City kini mengejar skuad kendalian Jurgen Klopp dengan hanya perbezaan empat mata, hasil jaringan kemenangan Leroy Sane, 18 minit sebelum tamat perlawanan, selepas Roberto Firmino menyamakan jaringan Sergio Aguero pada babak pertama buat tuan rumah.

Aguero membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ke-40, sebelum Firmino mengikat kedudukan pada minit ke-64, namun Sane muncul wira City apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-72.

Sembilan kemenangan berturut-turut memberikan Liverpool kelebihan di persada liga ketika mereka bersedia menghampiri gelaran pertama sejak 1989/90, terutama selepas City mengalami kekalahan berturut-turut di tangan Crystal Palace dan Leicester sebelum memulakan musim perayaan.

PEMAIN Manchester City, Sergio Aguero (kiri) diasak pemain Liverpool, Dejan Lovren pada aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad, sebentar tadi. – Foto AFP
Dengan kedua-dua pasukan tidak akan bertemu lagi dalam saingan liga, kini nasib Liverpool masih bergantung kepada mereka sendiri, tetapi mereka kini berdepan tekanan City yang mencipta gelaran dengan rekod 100 mata musim lalu.

Pada pertembungan pertama musim ini, kedua-dua pasukan terikat di Anfield.

Jurgen Klopp sudah menjangkakan bakal dilanda “ribut” pada permulaan aksi daripada pasukan juara itu, untuk menyamai pertembungan suku akhir Liga Juara-Juara antara kedua-dua pasukan musim lalu, apabila City mendahului sebelum Liverpool bangkit untuk menang 2-1 dan 5-1 secara agregat.

Bagaimanapun, di sebalik dominasi City pada pertembungan tadi, Liverpool tampak lebih menyerlah pada babak permulaan.

Dan Liverpool tidak bernasib baik untuk mendahului pada minit ke-19, apabila Sadio Mane menyambar hantaran Mohamed Salah, namun sepakannya terkena palang.

Liverpool masih kekal di puncak liga dengan meraih 54 mata selepas mengharungi 21 perlawanan, City di tangga kedua (50 mata) diikuti Spurs (48 mata) – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7768

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5383

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news