Remaja 17 tahun dicekup di Taman Malihah kerana curi motosikal 0 5661

KUCHING: Intuisi seorang buruh kasar berusia 37 tahun untuk meronda kawasan perumahan di Flat Taman Malihah di sini awal pagi semalam, berbaloi apabila berjaya menemui kembali motosikalnya, yang telah dicuri pada 28 Mac lalu.

Pemilik motosikal terbabit menemui motosikal jenis Yamaha Y125ZR berwarna biru itu di hadapan sebuah rumah di Blok 12, Flat Taman Malihah, yang sedang ditunggang oleh seorang remaja lelaki.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, apabila pemilik motosikal menghampiri lelaki terbabit untuk bertanyakan tentang motosikal itu, dia pantas melarikan diri, dan meninggalkan motosikal tersebut.

Pemilik motosikal kemudian melakukan semakan nombor enjin dan casis, dan mendapati ia sama dengan motosikal miliknya.

Satu laporan polis kemudian direkodkan di Balai Polis Batu Kawa, dan motosikal tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Susulan laporan tersebut, sepasukan anggota balai yang diketuai Timbalai Ketua Balai Batu Kawa, Sarjan Mejar Mohd Affandi Abdullah telah melakukan serbuan dan menangkap remaja terbabit sekitar jam 9.25 pagi.

“Suspek yang bekerja sebagai pelayan kedai makan tidak memiliki kesalahan lampau, kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes kata Aidil disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motor. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8423

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news