Remaja hamil di Sarawak: Trend menurun 0 5904

KUCHING: Kes remaja hamil di Sarawak menunjukkan trend menurun sejak 2014.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Kanak-kanak penurunan ini direkodkan selepas beberapa langkah diambil oleh kementeriannya melalui Majlis Pembangunan Sosial.

“Bagi kes remaja hamil, statistik menunjukkan penurunan sejak 2014 tetapi meningkat sebanyak 1.08 peratus atau 23 kes pada tahun lalu,” katanya kepada media di sini semalam.

Dalam pada itu, Sarawak masih mencatatkan peratusan kes kehamilan remaja paling tinggi di Malaysia iaitu antara 6.4 peratus dan 9.9 peratus daripada jumlah ibu yang mendaftarkan kehamilan berbanding hanya 2.4 peratus hingga 4.1 peratus di peringkat nasional pada tahun lepas.

Pada akhir bulan lalu Menteri Kewangan Kedua Datuk Sri Wong Soon Koh dilapor sebagai berkata, statistik daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menunjukkan pada 2017, sejumlah 2,130 kes kehamilan remaja direkodkan di Sarawak.

“Kita bersyukur kerana jumlah tersebut menunjukkan tren penurunan sebanyak 14.1 peratus (bersamaan 351 kes) berbanding 2016 yang merekodkan sebanyak 2,481 kes remaja hamil,” katanya.

Pada 2018, bilangan kes remaja hamil meningkat semula kepada 2,153 kes iaitu peningkatan sebanyak 23 kes peratus) berbanding 2017. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12932

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news