Sarawak masih miliki banyak simpanan minyak, gas asli 0 5854

KUCHING: Sarawak masih memiliki simpanan minyak dan gas asli mencukupi bagi terus menyokong pembangunan dan ekonomi negara.

Sarawak ketika ini masih memegang 29 peratus atau hampir sepertiga simpanan minyak negara.

Sementara, Sarawak juga masih memiliki 54 peratus simpanan gas asli.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengaku, dengan sumber ini, negara menikmati kemakmuran.

Bercakap pada majlis perasmian Minggu Tenaga Antarabangsa Ke-4 (IEW) 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Sejingkat, Awang Tengah mengingatkan, Sarawak tidak boleh berterusan mengeksport sumber asli tersebut dalam bentuk mentah.

Sebaliknya Sarawak perlu meneroka industri petrokimia hiliran bagi menambah nilai sumber tersebut.

Awang Tengah berkata, kerajaan merancang mengeluarkan metanol dan ammonia di Bintulu yang memiliki prasarana untuk industri petrokimia.

Selain minyak dan gas asli, menurut Awang Tengah, Sarawak berpotensi menghasilkan 20,0000 megawatt tenaga elektrik dari kuasa hidro.

Sebanyak 14 tapak boleh dibangunkan dengan empangan hidro.

Selain mengambil alih Empangan Hidro Bakun Sarawak juga menyiapkan pembinaan Empangan Hidro Murum serta Empangan Hidro Baleh. β€” Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13035

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8073

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news