Remaja mengamuk selepas ditegur ibu hingga menyebabkan mata ibunya lebam di Limbang 0 5592

LIMBANG: Seorang ibu mengalami luka di dahi dan lebam bahagian mata dalam pertengkaran dengan anak lelakinya di sebuah rumah Kampung Lubok Tuan petang Sabtu lepas.

Mangsa 51, sebelum kejadian  telah menegur suspek 18 kerana menarik rambut cucunya, 3 tahun, di dapur dalam kejadian yang berlaku jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata suspek yang marah apabila ditegur, lalu mengamuk serta bertindak menendang meja makan dan merosakan barang-barang lain di dapur dan dalam rumah.

“Melihat suspek masih mengamuk, mangsa cuba menghalang suspek tetapi ditumbuk sehingga berlaku pergelutan.

“Akibat dari kejadian tersebut, mangsa mengalami luka didahi dan lebam bahagian mata sebelah kanan namun tidak pasti sama ada ditumbuk atau jatuh dalam pertengkaran itu,” katanya hari ini.

Laporan polis dibuat anak perempuan mangsa sehingga membawa kepada penangkapan suspek jam 4 petang Ahad lepas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 dan  323 Kanun Keseksaan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13511

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news