Rita lawan Baru di Parlimen Selangau tumpuan menarik PRU14 di Sarawak 0 5567

SELANGAU: Kerusi Parlimen P214 Selangau dijangka “panas” dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 kali ini.

Dua pengamal undang-undang akan berentap satu sama lain, dengan calon Barisan Nasional (BN), Rita Sarimah Patrick Insol dijangka berhadapan saingan getir daripada
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak, Baru Bian.

Rita dan rombongan tiba awal di Dewan Serbaguna Selangau pagi tadi untuk menyerahkan borang pencalonannya pada jam 9.05 pagi.

Pencalonannya dicadangkan oleh Datuk John Sikie Tayai dan disokong, Christopher Gira Sambang.

Pakatan Harapan pula menampilkan Baru Bian, yang menyerahkan borang pencalonan lima minit kemudian.

Beliau diiring pencadang, Jimbah Agan dan penyokongnya, Simon Joseph.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya P214 Selangau, Inting Nyami kemudian mengesahkan kedua-dua calon sah bertanding sekitar jam 10.40 pagi.

Rita dijangka berhadapan laluan getir kerana selain muka baharu, beliau perlu menangkis gelombang protes penyokong Datuk Seri Joseph Entulu Belaun yang dipecat Parti Rakyat Sarawak.

Parlimen Selangau mempunyai 30,026 pemilih berdaftar. –Sarawakvoice

Foto BPO

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15224

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news