Siapa kata PH takda pencapaian? – Chong 0 5797

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) sebenarnya melakarkan banyak kejayaan yang tanpa disedari rakyat sepanjang tempoh setahun mentadbir negara ini selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen yang memberitahu lima pencapaian utama PH dicapai dalam tempoh setahun mentadbir negara ini.

Jelas Pengerusi PH Sarawak itu, antaranya membersihkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa daripada salah laku pengubahan wang haram dan amalan kleptorasi oleh kerajaan terdahulu.

“Kita berjaya mendapatkan semula status negara sebagai negara yang dihormati di peringkat antarabangsa dan ini akan diterjemahkan dengan keyakinan pelabur untuk melabur ke negara kita sekali gus meningkatkan aktiviti dagangan antarabangsa.

“Malah, kerajaan PH berjaya membawa pulang dana 1MDB berbilion ringgit yang telah disita oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Tindakan Demoktarik (DAP) Sarawak di sini hari ini.

Mengulas lanjut penghantaran pulang dana 1MDB itu, Chong berkata, kerajaan US melalui Jabatan Peguam Negara (DOJ) setakat ini menghantar pulang RM1.3 bilion daripada jumlah keseluruhan dana 1MDB yang dianggarkan sebanyak RM6.8 bilion kepada Malaysia.

Selain dana 1MDB di AS, beliau memberitahu, kerajaan Singapura juga telah menghantar pulang dana tersebut kepada Malaysia sebanyak RM45 juta daripada jumlah keseluruhan yang dianggarkan RM150 juta.

Pencapaian utama lain yang berjaya dicapai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu berkata, kerajaan PH juga berjaya menyelamatkan Malaysia daripada bankrup menerusi rundingan semula projek-projek mega di negara ini seperti ECRL, MRT2, LRT3 dan DNKL yang berjaya menjimatkan berbilion ringgit wang negara.

“Kerajaan PH juga berjaya menyelamatkan Felda dan Lembaga Tabung Haji yang mana memerlukan suntikan dana masing-masing sebanyak RM6 bilion dan RM19.9 bilion,” tambahnya.

Dalam masa sama kata beliau lagi, pencapaian utama lain yang dicapai, kerajaan PH juga berjaya mereformasikan institusi pentadbiran negara demi kesejahteraan generasi akan datang menerusi pelbagai inisiatif yang diperkenalkan seperti jawatan Perdana Menteri dihadkan kepada dua penggal, jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mesti dijawat individu berlainan, pelantikan Ahli Parlimen dari pembangkang dalam PAC dan banyak lagi.

Pencapaian utama dari segi ekonomi pula, Chong mendedahkan, kerajaan PH memperkenalkan kaedah apungan bagi harga minyak RON95 dan diesel iaitu masing-masing pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter dengan menyediakan subsidi sebanyak RM133 juta seminggu.

“Jika tidak rakyat terpaksa membayar minyak RON95 pada harga RM2.51 seliter dan diesel RM2.48 seliter,” katanya Ahli Parlimen Stampin itu.

Selain itu, beliau memberitahu kerajaan PH juga menangguh inisiatif pelaksanaan penggunaan tong LPG unggu 14 kilogram kepada peniaga makanan dan membenarkan mereka menggunakan tong LPG bersubsidi (kuning dan hijau 14 kilogram RM26.60 setong) yang sedia ada yang mana kerajaan persekutuan membelanjakan RM2 bilion setahun untuk menyediakan subsidi bagi tong LPG bersubsidi tersebut.

“Kita juga memansuhkan Cukai Perkhidmatan dan Jualan (GST) dan memperkenalkan semula SST di mana ia memberi penjimatan kepada pembayar cukai sebanyak RM20 bilion setahun,” jelasnya.

Menurutnya lagi, pencapaian utama yang berjaya dikecapi kerajaan PH sepanjang setahun mentadbir negara ini adalah memberi kedudukan khas kepada Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan PH membentuk jawatankuasa khas kabinet untuk melihat pelaksanaan hak Sabah dan Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita juga telah berusaha membentangkan pindaan Rang Undang-undang Perkara 1(2) Perlembagaan Pesekutuan bagi mengembalikan semula hak Sabah dan Sarawak mengikut kedudukan asal pada 1963 namun ia digagalkan oleh ahli parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS),” ujarnya.

Chong memberitahu banyak lagi pencapaian lain yang dicapai kerajaan PH yang mungkin tidak disedari rakyat seperti pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) bersasar, i-Suri, MySalam dan banyak lagi.

Selepas sidang media itu, Chong bersama ADUN Pending Violet Yong, ADUN Padungan Wong King Wei, ADUN Tanjung Batu Chiew Chiu Sing, ADUN Pelawan David Wong dan barisan kepimpinan DAP lain menyempurnakan majlis memotong kek simbolik ulang tahun pertama kerajaan PH. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12483

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news