Tun M umum bonus Aidilfitri menanti penjawat awam 0 112

PULAU PINANG: Sambutan Aidilfitri buat penjawat awam kali ini akan lebih bermakna apabila kerajaan bakal mengumumkan pemberian bonus dalam masa terdekat.

Berita gembira itu dimaklumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pulau Pinang pada Khamis.

Sekalipun sudah memberi jaminan bonus akan diberikan, namun Dr Mahathir tidak pula jumlah dan tarikh bayaran berkenaan akan dibuat.

“Ada, kita akan isytihar nanti,” katanya ringkas kepada wartawan selepas Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-48 di Spice Arena, Bayan Baru.

Pemberian bonus merupakan berita yang sering ditunggu-tunggu oleh penjawat awam khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sebelum ini turut berharap kerajaan memberi bonus Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara.

Beberapa kerajaan negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Melaka juga sudah mengumumkan pemberian bonus kepada penjawat awam masing-masing antara RM1,000 sehingga setengah bulan gaji menjelang hari raya. – Astro Awani

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sultan Brunei pulangkan ijazah kehormat Oxford susulan kecaman 0 6

LONDON: Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memulangkan semula ijazah kehormat dari Universiti Oxford Britain susulan kecaman global diketuai selebriti termasuk George Clooney dan Elton John susulan cadangan hukuman mati terhadap pesalah seks gay dan zina.

Sehingga April lalu, hampir 120,000 orang menandatangani petisyen menggesa Universiti Oxford menarik balik Ijazah Undang-undang Kehormat diberi pada 1993 kepada baginda, monarki kedua paling lama memerintah di dunia serta Perdana Menteri di negara kaya minyak itu.

Universiti Oxford berkata, Sultan Brunei memutuskan menyerahkan semula ijazah kehormat berkenaan pada 6 Mei lalu, ketika ia sedang meneliti keputusan penganugerahannya.

Berita mengenai keputusan itu didedahkan kepada umum semalam.

“Sebagai sebahagian proses semakan, universiti menulis untuk memaklumkan Sultan Brunei pada 26 April 2019, meminta pandangan baginda sehingga 7 Jun 2019.

“Menerusi sepucuk surat bertarikh 6 Mei 2019, Sultan Brunei membalas dengan keputusan memulangkan semula ijazah berkenaan,” kata Universiti Oxford dalam kenyataan menerusi e-mel kepada Thomson Reuters Foundation.

Negara kecil Asia Tenggara itu mencetuskan kecaman apabila ia mendedahkan Undang-undang Syariah negara itu pada 3 April lalu, menghukum pesalah liwat, zina dan rogol dengan hukuman mati termasuk direjam.

Bagi meredakan kritikan itu, awal bulan ini, baginda berkata, hukuman mati tidak akan dilaksanakan sejajar dengan pelaksanaan perubahan kanun jenayah.

Undang-undang itu yang turut menerima kecaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyebabkan selebriti dan kumpulan hak asasi berusaha memboikot semua hotel dimiliki baginda termasuk Dorchester di London dan Beverly Hills Hotel di Los Angeles. -Reuters

Spread the news

Wanita dipenjara sebulan kerana jual telur penyu di Pasar Serikin 0 13

Kuching: Seorang wanita warga Indonesia dipenjara sebulan kerana mengaku salah memiliki 135 telur penyu tanpa permit dan menjualnya di Pasar Serikin.

Menurut info, Pesalah yang berusia 60 tahun dikenali sebagai Asnawati. Dia ditangkap ketika sedang leka menjual 135 biji telur penyu yang dijual dengan harga RM10 untuk setiap lapan biji telur berkenaan. – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
DON’T MISS OUT!
Subscribe To Newsletter
Be the first to get latest updates and exclusive content straight to your email inbox.
Stay Updated
Give it a try, you can unsubscribe anytime.
close-link