Sarawak FA tidak rela jadi belasahan Perth Glory FC malam esok 0 5850

KUCHING: Sarawak berikrar tidak akan memberi laluan mudah kepada Perth Glory FC menjelang pertemuan persahabatan dua pasukan itu di Stadium Negeri, Petra Jaya malam esok.

Ketua Jurulatih Sarawak, Ian Andrew Gillan berkata selain mengelak menjadi belasahan pasukan yang bersaing dalam Liga Australia itu, mereka juga sudah tentu mahu menampilkan aksi menarik untuk tatapan penonton yang hadir.

“Kita akan cuba sebaik mungkin memberitentangan sengit kepada pihak lawan. Perth Glory mahukan perlawanan yang sukar kerana mereka mahu diuji.

“Justeru, kita akan memberikan perlawanan yang menarik agar mereka turut mendapat keputusan positif,” katanya pada sidang media mengenai perlawanan persahabatan itu di Hotel The Waterfront malam tadi.

Menurut Ian lagi, perlawanan tersebut disifatnya penting sebagai pendedahan kepada pemain-pemain muda Sarawak yang menjadi tunjang pasukan itu di masa akan datang.

Pada masa sama ia memberi peluang kepada peminat di sini menyaksikan pemain bola sepak profesional beraksi.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Perth GloryFC, Tony Popovic memberitahu akan menggunakan perlawanan itu bagi menguji persefahaman antara pemain baru terutama pemain muda pasukan itu.

“Saya mengharapkan perlawanan menarik ditampilkan kedua pasukan terutama dari Perth Glory. Saya tidak terlalu memikirkan keputusan tetapi yang penting persembahan pasukan.

“Kita tidak sabar untuk menentang Sarawak dan mengikuti kem latihan di sini sebagai persiapan untuk menghadapi musim baru Liga Australia,” katanya.

Bekas pemain kebangsaan Australia itu menambah ia satu pengalaman baru dan amat berharga kepada Perth Glory kerana diberi peluang bermain menentang pasukan dengan budaya dan corak permainan yang berbeza.

Kuching menjadi destinasi kedua jelajah pramusim Perth Glory FC selepas menentang pasukan Liga Perdana Inggeris, Chelsea pada 23 Julai lepas.

Selain Sarawak, Perth Glory juga dijadual menentang pasukan SUKMA Sarawak pada 15 Ogos ini jam 8.15 malam.

Hadir sama pada sidang media semalam Naib Presiden FAS Razali Dolhan, Pengarah Komersil FAS Abang Abdul Rahman Abag Naim dan Pengurus Besar Perth Glory Jacob Burns. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15398

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news