Sarawak kecewa lagi, sekadar seri dengan Pulau Pinang 0 5610

KUCHING: Sarawak terlepas peluang untuk mengutip tiga mata penuh apabila diikat Pulau Pinang, 1-1 dalam aksi Liga Premier 2018 di Stadium Negeri, Petra Jaya hari ini.

Kedua-dua pasukan menampilkan persembahan hambar pada separuh masa pertama menyaksikan tiada sebarang gol dihasilkan.

Hanya pada babak kedua kedua pasukan mula meningkatkan corak permainan danmemiliki beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

Pulau Pinang di bawah kendalian Zainal Abidin Hassan terlebih dahulu membimbing perlawanan hasil jaringan pemain gantian, Mohd Alafi Mahmud pada minit ke-67.

Tersentak dengan gol itu, anak didik Ian Andrew Gillan menggandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-69 menerusi Bobby Gonzales.

Kedudukan itu kekal hingga tamat masa perlawanan.Sarawak akan bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Baharu untuk menentang Johor Darul Ta’zim II pada 7 Mei depan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15108

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8380

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news