Sarawak tubuh jawatankuasa mengenai MA63 0 5891

KUCHING: Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa Khas dan Jawatankuasa Teknikal bagi menyelesaikan isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata jawatankuasa khas ini akan dianggotai oleh tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri James Masing dan juga Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

“Kita mempunyai pendekatan kita sendiri untuk menyelesaikan isu berkaitan MA63 dan kita berterima kasih kepada Perdana Menteri atas maklum balas beliau dan bersikap terbuka.

“Jawatankuasa khas ini akan berbincang mengenai isu-isu am berkaitan MA63 manakala jawatankuasa teknikal ini akan membincangkan mengenai isu yang lebih rumit,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kerja tertinggi Barisan Nasional (BN) di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini.

Abang Johari tiba bagi mempengerusikan Mesyuarat Tertinggi Bn Sarawak. Turut kelihatan, Uggah dan Awang Tengah.Tambah Abang Johari, perbincangan mengenai MA63 akan dibuat berdasarkankepada dokumen dan fakta yang ada dan bukannya atas dasar emosi.

“Perbincangan ini adalah berdasarkan kepada jawatankuasa antara kerajaan (IGC) yang asal yang sepatutnya dikaji semula 10 tahun selepas kemerdekaan tetapi tidak dibuat kerana pengerusinya ketika itu meninggal dunia (Tun Ismail Abdul Rahman).

“Jadi, apa yang kita mahu buat sekarang ini berbincang berdasarkan perimeter sebelum ini dan dalam beberapa bulan ini jawatankuasa teknikal yang diketuai Peguam Negeri akan duduk berbincang,” katanya.

Dalam pada itu, rundingan mengenai penurunan kuasa antara Sarawak dan Kerajaan Persekutuan yang mana kini memasuki fasa kedua berjalan dengan lancar.

Fasa kedua rundingan ini menurut Abang Johari lebih menjurus kepada soal pentabdiran dan hak-hak perlembagaan Sarawak berdasarkan fakta dan dokumen.- Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15389

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8417

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news