Satu lagi politik mengarut daripada PH Sarawak 0 5511

KUCHING: Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen mengenai bayaran royalti minyak kepada Sarawak dipersoalkan sama ada ia ‘sehaluan’ dengan penjelasan pemimpin-pemimpin PH dalam kerajaan persekutuan mengenai janji bayaran royalti dalam Tawaran Baharu kepada Sarawak yang diumumkan.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol (gambar) berkata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini berkata, royalti dibayar kepada Sarawak adalah berdasarkan keuntungan bersih, bukan pengeluaran kasar seperti diamalkan sekarang.

Tambahnya, Azmin mengakui kerajaan PH tidak menjangkar kesukaran yang terpaksa dilalui dalam usaha menambah jumlah royalti ketika merangka manifesto pilihan raya PH.

“Sekali lagi saya mahu mengingatkan Chong mengenai janjinya yang diumum dan disiarkan pada 11 Mac 2018.

“Tuan Pengerusi PH Sarawak, seperti yang dijanjikan, bilakah kamu akan membentangkan usul di Parlimen yang kamu dengan bangganya menganggap sebagai pindaan ‘kecil’ Seksyen 2(1) PDA 1974?.

“Saya bersetuju dengan kamu bahawa pindaan kecil itu akan membolehkan Sarawak menuntut semula pemilikan ke atas semua minyak dan gas yang ditemui di negeri ini.

“Membaca kenyataan terbaharu PH Sarawak secara keseluruhannya, kita mempersoalkan sama ada PH Sarawak ‘sehaluan’ dengan pemimpin-pemimpin PH dalam pentadbiran kerajaan persekutuan,” katanya.

Abdullah berkata, Azmin dalam kenyataannya di Parlimen sebelum ini turut mengatakan pindaan ke atas PDA (Akta Pembangunan Petroleum) 1974 perlu bagi membolehkan semakan royalti dilakukan.

Sebaliknya Chong dan PH Sarawak, ujarnya dalam kenyataan terbaharu mereka mengatakan: “Jika Petronas tidak mampu membayar sepenuhnya 20 peratus royalti, kerajaan persekutuan akan menambah atau membayar jumlah yang kurang.”

Ia katanya, memperlihatkan PH Sarawak dan menteri persekutuan PH tidak berkomunikasi dengan baik dan keadaan ini memberi gambaran bahawa Tawaran Baharu PH Sarawak tiada kredibiliti.

Chong dengan ini diberi pilihan sama ada menunaikan janji beliau untuk membentangkan usul untuk meminda Seksyen 2(1) PDA atau menasihati Azmin bahawa Seksyen 3(2) PDA menyatakan, ‘Perbadanan hendaklah tertakluk kepada Arahan dan Kawalan Perdana Menteri yang boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan seperti difikirkannya patut,” tambahnya.

“Saya menasihati Chong dan pemimpin PH, untuk mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya memberikan royalti 20 peratus bukan berdasarkan keuntungan tetapi daripada nilai pengeluaran minyak dan gas yang diambil dari Sarawak.

“Pendek cerita Chong serta pemimpin PH Sarawak harus bertindak segera, janganlah membuang masa dengan memperkenalkan pelbagai tawaran yang remeh,” ujarnya.

Abdullah turut mempersoalkan apakah Chong benar-benar yakin rakyat Sarawak akan percaya kerajaan persekutuan PH akan menunaikan janji membayar baki royalti 20 peratus jika Petronas tidak mampu melakukannya.

“Tolonglah berhenti menghina rakyat Sarawak. Perkara tiga dalam kenyataan rasmi PH Sarawak hari ini satu lagi contoh manipulasi politik yang sering diamalkan pemimpin-pemimpin PH,” katanya.

Menurut PH Sarawak, disebabkan penolakan tawaran asal oleh Kerajaan Sarawak, kerajaan persekutuan terpaksa mengadakan ‘Rundingan Semula’ semua janji-janji yang ditawarkan kepada Kerajaan Sarawak,” katanya.

“Amat jelas satu pembohongan di sini kerana tawaran asal bukan datang daripada kerajaan persekutuan. Bila masanya kerajaan persekutuan memberi tawaran tersebut?

“Kalau Chong dan PH Sarawak benar-benar ikhlas dan jujur tentang ‘Tawaran Baharu’ mereka, maka mereka sepatutnya meminta Perdana Menteri atau Menteri Kewangan membuat pengumuman rasmi mengenai tawaran itu,” tegasnya.

Menurut Abdullah, beliau yakin PH Sarawak tidak mampu menunaikan janji-janji mereka dalam ‘Tawaran Baharu’ tersebut jika tidak mendapat kelulusan rasmi daripada kabinet persekutuan.

Sekali lagi, PH Sarawak bercakap mengenai cadangan mereka, iaitu Sarawak seharusnya mengambil – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13494

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8148

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news