Saya setia kepada PDP, GPS dan Ketua Menteri – Rolland Duat 0 5784

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin daripada Parti Demokratik Progresif (PDP) menepis dakwaan mengatakan beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Spekulasi timbul apabila sebuah laman sosial pro-PKR yang dipercayai menyenaraikan Rolland sebagai seorang daripada ahli PKR.

Rolland ketika dihubungi Utusan Borneo berkata perkara itu telah beliau terangkan kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

“Ini digunakan mereka untuk mengelirukan orang ramai terutama di kawasan saya (Meluan) sejak YB Larry Sng menang (pilihan raya kerusi Parlimen Julau),” katanya.

Beliau berkata beliau telah menghubungi Larry agar membuang namanya dari senarai ahli PKR kerana tidak pernah memohon menyertai.

“Orang yang meletakkan nama saya sembarangan sebagai ahli PKR memang tidak ada kerja lain.”Kesetiaan saya terhadap parti, GPS dan Ketua Menteri tidak boleh diragui.

“Siapa yang bangunkan Sarawak selama ini?,” katanya.DUN Meluan merupakan antara kawasan dalam Parlimen Julau. Larry yang bertanding atas tiket Bebas, selepas kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 menyertai PKR.

Menerusi laman itu, PKR Julau didakwa setakat 27 Jun 2018 memiliki keahlian 13,738 orang.

Ini bermakna, jika benar, keahlian meningkat lebih 10 kali ganda berbanding1,187 orang setakat 9 Mei 2018.

Mengulas mengenai jumlah itu, Rolland berkata jumlah keahlian itu diragui.”Kalau 13,000 ahli PKR di sana, mana lagiahli PDP dan PBB serta parti GPS yang lain?,” katanya.Usaha untuk mendapatkan ulasan Larry, gagal. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 14379

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8242

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news