KUCHING: Kerajaan akan membina jalan raya baharu Lundu-Kuching, selain membina lapan jambatan konkrit dan jambatan baharu Sungai Rambungan bernilai RM130 juta.
Penyandang kerusi Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata projek tersebut menjimatkan perjalanan dan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya.
Bercakap pada Program Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Santubong pada Sabtu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Wan Junaidi memuji inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Pada masa yang sama program menjual barang dengan harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran itu mendorong peniaga menurunkan harga barang keperluan harian. –Sarawakvoice
Foto : Page Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar BN Sarawak