Solskjaer lega United atasi Watford 0 5689

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer meraikan perlawanan pertamanya selaku pengurus tetap dengan nota kemenangan 2-1 ke atas Watford sekali gus mengelak daripada tergelincir ke posisi lebih bawah.

Pengurus 46 tahun dari Norway itu diberi jawatan tetap selepas ‘menghidupkan’ semula pasukan itu sejak pemecatan Jose Mourinho dan mengakui dirinya begitu gembira berbanding hasil yang diraihnya pada perlawanan itu.

Kemenangan itu menjulang United ke kedudukkan keempat dan berpotensi untuk beraksi di Liga Juara-Juara musim depan, namun Arsenal masih boleh memintas jika berjaya mengalahkan Newcastle United, awal pagi Selasa ini.

“Saya gembira dengan keputusan ini,” kata Solskjaer. “Selepas tempoh rehat antarabangsa, ia pastinya satu perlawanan yang kita berisiko gagal beraksi baik.

“Saya tidak rasakan perbezaan yang ketara kerana fokus kami sentiasa diberikan kepada perlawanan seterusnya namun bagi pasukan, ia pastinya satu permulaan baharu selepas dihimpit kecewa (tewas 2-1 kepada Wolverhampton di suku akhir Piala FA).”

Solskjaer yang sudah pun memacu pasukan ke suku akhir Liga Juara-Juara percaya United sudah mula membina momentum untuk menamatkan musim ini di kelompok empat terbaik.

Persaingan sesama sendiri kini berlaku antara United, Tottenham Hotspur, Arsenal dan Chelsea untuk memburu dua lagi slot ke Liga Juara-Juara, ketika Manchester City serta Liverpool sudah pun jauh di depan.

“Saya fikir semua orang tahu yang kami mampu beraksi lebih baik. Ada empat pasukan yang bagus sedang bersaing untuk dua tempat tetapi kami merasakan yang kami berada pada landasan tepat,” katanya. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7602

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5249

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news