Solskjaer terbaik! 0 5909

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer mengembalikan ‘Manchester United yang lama’ dan Jesse Lingard percaya kelab itu boleh mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan.

Pemecatan Jose Mourinho pada Disember diikuti pelantikan mengejut Solskjaer secara sementara sehingga penghujung musim.

Pengendali dari Norway itu sudah memenangi sembilan daripada 10 perlawanan dalam semua kejohanan sejak mengisi jawatan berkenaan dan keputusan tanpa kalah membantu United merapatkan jurang di kelompok empat teratas.

“Solskjaer dan Mike Phelan (pembantu pengurus) mengembalikan semula Manchester United yang lama,” kata pemain tengah England itu.

“Mereka mengetahui liga dan kelab ini luar dan dalam, jadi untuk melepasinya dan membuatkan kami bermain semula seperti sebelum ini cukup sempurna. Solskjaer melakukannya dengan cukup baik, tiada siapa boleh menafikannya.

“Dia memperoleh sokongan daripada pemain dengan serta merta. Dia memberitahu kami yang ada jangkaan dan tekanan yang besar di kelab ini tetapi kami perlu menanganinya dan bermain seperti pasukan United yang sebenar.”

Lingard berkata United yang ketika ini ketinggalan dua mata di belakang pasukan tangga keempat, Chelsea dalam pemburuan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan meletakkan sasaran lebih besar pada musim depan.

“Kami akan mencabar kejuaraan pada musim depan jika kami meneruskan prestasi seperti kami lakukan sekarang,” kata pemain berusia 26 tahun itu. “Kami kembali kepada asas dan menang perlawanan tanpa melihat kepada keputusan atau meledak gol yang banyak. Selagi kami memenangi perlawanan, itulah yang utama.” – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ronaldo ledak gol ke-102 0 7791

Ronaldo ledak gol ke-102

LISBON: Cristiano Ronaldo semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman ketika juara Eropah, Portugal membelasah Andorra 7-0 dalam saingan persahabatan sebentar tadi.

Bintang Juventus itu masuk dari bangku simpanan untuk meledak jaringan ke-102 gol buat Portugal pada minit ke-85.

Bekas penyerang Iran, Ali Daei memegang rekod dengan 109 gol.

Portugal, yang meneruskan persiapan untuk mempertahankan Kejohanan Eropah tahun depan akan beraksi dalam Liga Negara-Negara berdepan Perancis awal pagi Ahad ini, mudah mengatasi Andorra. – Berita Harian

Spread the news

FAS mungkin tarik diri 0 5404

FAS mungkin tarik diri

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya mungkin akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021.

Menurutnya, tindakan demikian terpaksa dilakukan sekiranya masalah kewangan dialami masih tidak menemui jalan penyelesaian.

Bagaimanapun katanya, pihaknya sedar pendekatan dilakukan bakal memberi tempias atau kesan terhadap pasukan yang beraksi dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika ini.

“Mungkin kami akan menarik diri dari terus bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2021 sekiranya masalah kewangan yang dihadapi ketika ini masih gagal menemui jalan penyelesaian serta tiada pihak yang tampil untuk membantu.

“Memang tindakan berbuat demikian memberi tempias kepada pasukan yang berada di bawah naungan kita kelak,” jelas Datuk Posa kepada Suara Sarawak baru-baru ini.

Beliau menegaskan, tindakan menarik diri dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengelak musibah tersebut terus berpanjangan.

Musim ini lima pasukan di bawah badan induk berkenaan bersaing dalam liga anjuran FAM iaitu Sarawak United FC (Liga Premier), Sarawak United II Liga M3), Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan Sarawak United (Liga Futsal FAM).

Justeru jika keputusan menarik diri terpaksa dilakukan maka secara automatik kesemua lima pasukan ini tidak boleh beraksi dalam sebarang kejohanan anjuran FAM.

Dalam pada itu katanya, pihak pengurusan FAS merakam ucapan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol atas sokongan yang diberikan kepada badan induk (FAS) selama – Suara Sarawak

Spread the news