Spekulasi Ahli Parlimen PBB, GPS angkat kaki mengarut 0 5917

KUCHING: Spekulasi bertiup kencang sejak 48 jam lalu menyatakan enam Ahli Parlimen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu ‘angkat kaki’ menyertai Parti Pribumi Sarawak (PRIBUMI) disifatkan sebagai mengarut.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang turut dikaitkan sebagai seorang daripada enam wakil rakyat berkenaan, menafikan spekulasi itu dan menganggapnya sekadar taktik murahan parti berkenaan untuk menarik perhatian ramai.

“Ia spekulasi yang mengarut, termasuk cerita kononnya saya mahu masuk Pakatan Harapan (PH), sangat mengarut,” katanya melalui aplikasi WhatsApps kepada NSTP di sini hari ini, apabila diminta mengulas mengenai spekulasi berkenaan.

Selain Wan Junaidi, turut terkena tempias spekulasi berkenaan ialah Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri; Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim; Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah dan Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang.

Wan Junaidi yang juga bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar turut terkeliru antara PRIBUMI dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang dipimpin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana kedua-duanya memiliki nama hampir sama.

“Yang lain (lima lagi Ahli Parlimen PBB) saya tidak pasti (mengetahui kewujudan spekulasi itu), tapi saya sendiri tidak pernah mendengarnya, kecuali cerita saya masuk PH,” katanya.

PBB adalah parti tulang belakang Gabungan Parti Sarawak (GPS), sebuah perikatan politik baharu ditubuhkan kepemimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, sejurus bertindak keluar dari Barisan Nasional (BN) yang mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

Keseluruhannya, PBB menguasai 13 dari 19 kerusi Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya itu diikuti Parti Rakyat Sarawak (PRS) – 3 kerusi; Parti Demokratik Progresif (PDP) – 2 kerusi; dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) – 1 kerusi.

Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pula, GPS menguasai 72 kerusi, dengan 45 daripadanya milik PBB.

Sejak semalam, viral di laman sosial mengenai spekulasi enam daripada 13 Ahli Parlimen PBB akan menyertai PRIBUMI atas alasan hilang keyakinan terhadap kepemimpinan tertinggi parti berkenaan, selain GPS.

Tidak cukup dengan itu, PRIBUMI hari ini mendakwa tiga ADUN GPS pula akan membuat keputusan sama tanpa menamakan wakil rakyat berkenaan.

Sementara itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri menggambarkan semua ahli Parlimen GPS amat rapat dan memberi sokongan padu antara satu sama lain.

“Sehingga kini, tidak ada yang menyatakan rasa tidak puas hati berada dalam GPS, lebih-lebih lagi keadaan politik dalam kalangan PH amat tidak meyakinkan kami untuk menyertai mana-mana pihak setakat ini,” katanya.

Beliau berkata, semua ahli 13 ahli Parlimen PBB yang berada dalam GPS akur dengan kepemimpinan Abang Johari, selain sentiasa berpegang kepada prinsip kematangan dalam berpolitik.

“Sebagai ahli PBB, selama ini saya dan rakan tidak pernah pun berbincang mengenai menyertai parti lain, selain daripada kekal berada dalam parti PBB,” katanya–BH Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15236

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8396

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news